Selamat Jalan Cikgu RAMADAN

Selamat Jalan Cikgu RAMADAN

Selamat Jalan CIKGU
mula mula cikgu datang,
habis terkejut gegendang,
Akhirnya juga ajar pasal permakanan,
Badan rasa sihat, 
Berat badan pun berkurangan, 
Badan sedap jadi ringan,
sajak ramadan
Selalu malam tidur tak tentu,
Habis kerja buat melulu,
Cikgu ajar buat mana penting dulu,
Malam jangan terburu buru, 
Bangun sahur awal mengadap DIA dahulu.
Cikgu ajar erti menghormati,
Semua yang susah dirasai,
Lahirnya rasa mensyukuri, 
Zahirkan sedekah kepada insani,
Berbuka bersama di malam hari,
Bila masa sudah tiba, 
Cikgu akan meninggalkan kita,
Ramai menjadi lupa alpa,
Asyik berdendang lagu raya,
Habis ajaran cikgu di lupa, 
Sebab kita insan biasa,
Yang bernama manusia.

Faiz Saaid

Seorang yang kacak berambut kerinting yang suka menulis idea merapu. Kalau ada cerita, semua cerita dia nak ulas dengan pandangan mata beliau yang sepet

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu