FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Semanis Kurma Serumah Dengan Mertua 2013

Semanis Kurma Serumah Dengan Mertua 2013

Menjadi Tetamu Jemputan Semanis Kurma 2013
Alhamdulillah, itulah yang saya rasa, berdebar-debar rasanya bila menjadi tetamu jemputan rancangan TV. Lagi lagi rancangan Semanis Kurma yang confirm live kat tv9. Pada tarikh 7/3/2013, puan ainul mustafa dijemput khas untuk tajuk yang menarik: Serumah Dengan Mertua. Macam macam perkara menarik, macam macam ragam, saya pun macam tak percaya akan keluar TV live. Apapun, jom kita tengok gambar dan video kat bawah.

Hubungan Mertua-Menantu
Bila kita duduk dengan pakar iaitu Dr Robiah, masa dalam tv tu, kiranya belajar sekali lah, apa kepentingan yang patut ada dengan Mertua dan Menantu ini. Dia  kata, Mertua  jarang mengambil tindakan bila menerima Menantu, biasanya menantu yang kena ambil tindakan bila bersama family mertua, lagi lagi perempuanlah, hahaha. Nasihat yang paling berguna ialah, ikhlaskan niat anda, buat kerana Allah s.w.t.

Apa  yang saya merapu ?

Saya cuba listkan apa yang saya cakap masa dalam tv haritu:Inilah hasilnya
Buat aktiviti bersama-sama dengan family mertua
Biar wife sendiri fahami keluarga saya
Menjadi diri sendiri, control rock n roll tu
Sempat cerita pasal supplement
Cari masa sesuai untuk selesaikan masalah
Fikir positif, fikir baik-baik sahaja
Kalau rasa ada point yang tertinggal, ataupun anda rasa terlepas dari menonton siaran, jom kita tengok ulangan di tonton.com.my, ataupun jom layan video kat bawah ini, video ni saya upload sendiri, bukan saya punya ye, ini media prima yang punya. Terima kasih ye. Apapun , enjoy jugak masuk tv ini. Kalau artis tu, biasalah masuk tv, kami ini orang biasa, hehehe.

8 thoughts on “Semanis Kurma Serumah Dengan Mertua 2013

Leave a Reply

Open chat