FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Shaklee Free Trip Phuket 2019

Shaklee Free Trip Phuket 2019

Alhamdulillah, tahun ini kami layak lagi ke regional, eh international, sebab pergi Phuket , sekarang ini shaklee takde pergi Malaysia, semua nak pergi oversea, sebab diorang pun sekarang nak upgrade. Tahun depan nak pergi korea beb, ahahha, ada masa lagi kalau korang nak join trip free korea nih. Tapi takpa, kau baca aku punya kisah masa pergi phuket nih. Nak jadi cerita aku pergi seorang diri, ainul tak boleh ikut, takpalah, layan je.

Trip phuket kali ini memang lain dari trip yang lain, sebab sebelum ini aku gemuk, sekarang aku dah kurus. Jadi bila dah kurus ini, jawapannya lebih rock n roll, Betul tak ? Ok takpa kau tengok entry batik rock n roll aku yang lepas tuh, hahaha, Murah je beb nak siapkan baju tuh, tapi menang !!! dapat VIVIX, hahaha layan tuh. Oklah, kalau korang nak tahu ringkasan cerita, kau tengok video aku kat bawah nih. Aku compile terus senang. Nak baca cerita ? kau teruskan scroll sampai ke bawah

Hari Pertama

Macam kami lah hari pertama je paling awal kena keluar pukul 4 pagi, duduk dekat KLIA 2, awal awal wife siap buatkan bekalan makanan, amacam best tak ? Jimat sikit, lagipun aku suka wife aku masak, simple dan sedap. Cuma aku beli air je, itupun aku terlepak dengan fatin dan erni, awek awek , mak mak dari kumpulan triangels yang kekurangan seorang, faiezah. OKlah aku layan jelah.

Pagi itu aku naik flight siap ada sesi coaching lagi, lepas tuh aku sempat coaching dengan boss ireach, dan naik flight air asia terus ke phuket. Mak ai sampai awal beb kat sana, terus hooo ramai gila sampai phuket waktu pagi. Beratur panjang nak ke imigresen, pergh layan jugaklah. Pelancong ni macam macam negara ada, semua nak cari kepanasan Phuket ni agaknya. Beach dia memang tempat semua berjemur. Hahha, itu baru beach belum lagi aku cerita bab lain lagi.

So lepas dah semua imigresen, kami terus pergi old town Phuket. Kat sini tempat di mana tempat baba dan nyonya macam dekat penang atau melaka je. Sebab ikut sejarah nama phuket ni pun asal dari nama melayu, BUKIT. Lepas tuh pedagang cina ni datang, kahwin dengan orang local, adalah tempat old town macam nih. Hahah. Alamak aku cerita je, takpa gambat tengok dekat album facebook aku tuh.

Time makan pulak kami naik dekat bukit, boleh naik van je, naiklah semua van, naik terus ke bukit apa tah tuh. Dekat situ korang boleh lain scenary cantik punya atas bukit kan, hahaha. Lepas tuh bolehlah makan sedap dekat tunkka cafe. Pergh makan sini aku rasa mahal jugaklah. Sebab sini dia punya view memang cantik. Tapi yang tak cantik tuh sebab banyak anjing liar. Hhaha, makan kaw kaw punya trip shaklee nih, sebab tuh boleh kegemukan kalau balik.

tunka cafe gadis

LEpas makan, terus kami berjalan jalan lagi singgah satu tempat lagi, apa tah nama tempat tuh. Tapi lawan gile beb, area tuh. Kawasan berbukit bukit jugaklah. Ambil gambar dan layan pemandangan. Beach area Phuket ni sangat cantik. Ada yang kepanasan sangat layan ais krim, takpalah, aku layan gadis gadis cantik je. hahaha.

So tibalah masanya masuk bilik hotel Duangjitt Resort and Spa. Yehaa. Memang terbaik hotel nih, sebab pool dia besar gile , lepas bilik banyak sampai aku pun kepenatan nak ke bilik, nasib baiklah ada buggey kereta nih bawah. OKlah, bilik aku tuh takdelah jauh sangat. So aku tak tidur, terus cari barang barang budak dekat area Patong beach nih, aku dah ingat balik memang nampak Hard Rock Cafe dan cafe seksis amerika Hooters.

Nak cakaplah aku punya pengalaman beli jugak baju dekat area nih, Tapi mahal kaw kaw, sebab area nih, khas untuk pelancong. Aku kena sampai 600 bhath sebab nak beli baju budak budak je. Nasib baiklah diorang suka baju boxing siam tuh. Itupun lepas aku discount kaw kaw.

So malam waktu best, aku dah tak sabar nak singgah tempat paling legend dekat Phuket nih, iaitu BANGLA ROAD. Hahha kat sini aku round tengok, hahaha tak boleh belah. Macam dekat youtube kau google jelah. HHahaha, aku tengok pecah perut aku. Hahhaa, nasib baik aku tahan je. Sebab sini aku boleh bayangkan, aku tak miss jalan sini masa dekat phuket nih.

Siap dah balik hotel, member ajak lagi keluar, jawabnya aku pekena nasi goreng biasa dekat market depan Hard Rock Cafe nih, layan jugak beb. Yehaa. Apapun, nasi goreng pun mahal seratus bhath mahu sampai 14 ringgit malaysia. Tapi takpa macam biasa bukan pakai duit aku pun. Shaklee bagi duit poket banyak. Aku memang jimat sikit, hahaha, balik dari trip aku sempat ada 1000 bhath lagi tak guna. hahaha.

So jalan lagi, terus pergi Bangla Road. Boleh tahan jugaklah jauh dari hotel. tapi oklah membakar kalori dan merosakkan tumit kaki aku, dah melecet sebab pakai kasut yonex rm 10 yang cantik tuh. Takpa, kepuasan dan jugak jalan area nih. Memang keras sikit, nasib baik aku tak masuk pingpong show, hahaha, nak cakap sini bukan ladyboy je banyak, tapi ada jugak gadis gadis rusia, cantik sangat, hahaha. So balik dengan tenang ke hotel, baru jumpa roomate aku yang flight lambat.

Hari Kedua

Hari kedua nih barulah aku dapat sarapan. rupanya nak sarapan khas untuk shaklee malaysia ni jauh bebenor ke satu bilik persidangan khas. Jauhnya, tapi sebab hotel nih je boleh masak makanan halal. Wah memang terbaik punya, makan kaw kaw, sebab aku punya trip ATV pukul 10 setengah waktu thailand. Jadi makan kaw kaw punya.

Tapi tak tahan tuh ramai bebenor tanya aku macam mana aku boleh kurus kaw kaw nih. Tapi aku tak jadi diet, aku makan je. Ok sebab lambat sangat trip ATV tuh aku terus ke bilik. Tapi nak jadi cerita, aku masa tuh dah pesan tshirt size S, tapi ada leader perempuan CVG nak tukar tshirt. Aku pun bedal size XS, hahah senteng kat lengan. Nasib baik boleh muat dekat perut. Berjaya jugak aku pakai XS,

Lepas tuh pergi ATV ni memang layan, tempat tuh kau boleh naik terus ke patung budha atas bukit tuh, tapi rupanya kena beli tiket lain, takpalah, layan je ATV nih, panas terik. Lalu jalan berbukit dan berlubang tanah merah. Siap nampak orang naik gajah lagi. Hhahaa, oklah tak mencabar sangat kalau nak dibandingkan masa aku naik kat kemensah tahun 2014. Tapi enjoy gile naik ATV nih, dia punya instructor memang kelakar dan balik dapat tembikai pulak.

atv ride phuket

So lepas balik ATV tuh pergi makan dekat kedai orang Arab , aku minum air coke je, tak makan, dasar diet dan nak jimat. Hahhaah, sebab tahu malam tuh nak dinner dekat Siam Niramit. Memang best gile pergi situ, sebab situ tempat kebudayaan thailand. Tak tergambar aku nak bayangkan.

Dekat situ tempat culture thailand, biasanya takde orang menari, tapi kali ini, sebab shaklee minta, siap ada tarian jemput kitorang masuk lagi. Wah best tuh. Tengoklah macam macam dekat situ. Tapi paling cool siap ada kebudayaan melayu, pasang lagu noraniza idris. Baru aku tahu, kiranya melayu nih memang salah satu kebudayaan thailand. Hahaha. Oh ye, aku sempat berlawan boxing siam, sampai sakit kaki beb, hahaha.

So masa yang ditunggu tunggu ialah masuk theater world class tuh. Tak boleh ambil gambar, tapi nak kata, theater tuh sangat super awesome. Siap ada sungai boleh mandi, hujan lebat turun betul betul depan kaw, Dia punya lagak ngeri terbang terbang, real gile, dari seluruh stage kau nampak pelakon tuh keluar masuk. Paling tak tahan bila ayam kerbau kambing semua berlakon atas stage, dan memang pandai diorang tak buat hal.

Tiket Siam Niramit ni memang mahal, sebab including dinner sekali. Tapi kau tahulah kan shaklee bayar punya. Aku memang rekomen tempat nih kalau pergi Phuket, berbanding kau layan ATV atau tengok Dolphin Show, siam niramit bagi aku paling membuka minda aku. Aku tahu Phuket ni asalnya melayu yang buka. Tapi faktor masa menentukan dia jadi tempat gile gile pulak dekat Thailand nih.

Hari Ketiga

Hari ketiga ialah hari tengok Dolphin, hahaha, apapun sarapan tak dilupakan, keluar pukul 6 setengah pagi, dan makan kaw kaw, habis baik punya makan sampai 8 setengah. Tapi sebelum nak ke dolphin show tuh, oh ada pergi kilang tshirt terbaik dekat phuket . Rupanya kedai ni murah gile. Lawa lawa barang dia. Dia pandai cakap melayu, dan terima je duit yang ada. Tapi aku malas dah shopping sebab Ainul pun high taste jugak.

Ok lepas tuh time untuk tengok dolphin beraksi, hahaha, mula mula tengok sea lion beraksi bersama juliya yang seksi itu. Nampaknya pandai sungguh beliau menjinakkan sea lion tuh, tapi aku pun boleh menjinakkan beliau, hahha.

Lepas tuh tengok dolphin beraksi, memang canggih. Siap melukis lagi, dan lukisan itu dijual dengan teknik lelongan. 1000 bath harga terakhir dimiliki oleh geng ireach jugak. Wah power sungguh geng geng shaklee nih. Oklah takpa, nak kata dolphin ni memang power, lepas tuh trainer dia pun power gile jugak, siap lompat pusing macam dolphin. Ramai je nak ambil gambar dengan dolphin tapi takpalah, aku tak berapa minat.

Lepas tuh kami pergi ke central mall, lepak melepak sebelum balik hotel. Nak jadi cerita nasi kerabu bawah escalator menjadi viral, sebab murah dah sedap. Nasib baik aku mode diet, malam baru nak balun makan. Nadia bdm belanja aku teh ais thailand yang sedap bergula diabetes tahap tinggi.

batik rock n roll

Malam ditunggu tunggu untuk rock n roll kaw kaw punya. hahhaa aku dah stand by baik punya kali ini. berbekalkan seluar pink batik jakel pink, kali ini memang lagi gila gila punya. Tak sangka makan tepi pantai nih memang best. Aku dapat meja yang malang no 4, kena perform rock n roll baru dapat beg naraya. Apapun malam tuh malam sempurna buat aku, sebab aku menang best dress bersama master seksi kelly law yang tak makan di usia biologi.

Malam itu aku pun lepak keluar bersama nadia, aniq dan atif kita layan band dekat Bangla road. Lion club tuh best, sebab semua pemuzik dia dasyat jugak. yang dasyat tuh sorang mamat tuh, dia nyanyi, rapping main gitar, main drum, semua benda dia buat, tapi aku rasa dia mungkin tak boleh jual shaklee. Hahhaa. Malam tuh balik melayan patong beach angin malam masuk ke dada ku, sampai bilik pukul 2 setengah pagi, packing beg siap siap nak balik tanah melayu.

 

Hari Keempat

Tak banyak cerita dah, terus sahaja ke airport dan terus sahaja naik flight Air Asia. Tapi bestnya duduk sebelah sarah nutritionist, sambil borak borak makan nasi beriyani, dibelanja pulak master andrew pang, air ribena, yeah kami sangat gembira, sebab air tuh jadi sangat sedap pulak. Sebelum ni rasa tak sedap pun.

Akhirnya sampai malaysia, touch down, dapat hadiah surprise dari girls, beg duit baru, semangat baru, cantik kaw kaw punya, thank you mygirls semua. Alhamdulillah, badan kurus nih semangat bergaya kaw kaw di phuket. Walaupun tak banyak gambar sendiri, tapi puas hati kali nih. yehaa

Fight Korea 2020

Masa untuk fight tiket ke KOREA pulak, yehaa. Oklah, sapa nak pergi korea, swirtzeland, jom kito samo samo. Buat DDSFamily, jangan putus asa. Teruskan perjuangan, yehaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat