FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Solat Murah Rezeki

Solat Murah Rezeki

Hidup yang anda keluhkan, terkadang hidup yg orang lain inginkan.

Bahagia hakiki itu ketika HATI mensyukuri yg Allah beri.

Bagaimana ingin peroleh bahagia hakiki.

Tiada siapa boleh beri apa kita nak melainkan Allah.

Apa yang kita miliki atau apa yang kita dapat hari ini belum tentu boleh beri kebahagiaan untuk kita melainkan HANYA ALLAH yang boleh beri bahagia itu….
Dulu,kini selamanya Allah pemberi rezeki….
Cukuplah hanya Allah tempat kita meminta dan memohon……Terima kasih Allah.

Wahai sahabat nak bahagia dan murah rezeki ingat…..Selalulah Jaga solat awal waktu…. Suruhlah suami dan anak lelaki tu berjemaah di Masjid…..Allah janji jaga rezeki orang solat berjemaah dan Bila mereka mendapat kesenangan mereka tidak angkuh, kedekut, lupa diri begitu juga Bila mereka susah mereka akan sabar dan mereka tetap bahagia.

Selalu lah Menangis di depan Allah dan Allah janji rezeki orang jaga solat. Dia dalam jagaan Allah.

Dalam keluarga cuba ajar cinta dan hidupkan Sunnah Nabi saw…. Sunnah ialah kebahagiaan… Kenali dan amalkan cuba amalkan dengan cinta setiap sunnah Nabi saw.

Selalu Ingat Allah dan Hanya dengan ingat Allah hati menjadi tenang……Jauhi larangan dan Jaga perintah-NYA… Yakin yang Allah sentiasa jaga kita.

Buat sesuatu Ikhlas kerana Allah dan Istiqamah dalam membuat amalan.

Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Dialah pemilik segalanya.

Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.

Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.

Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.

Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu– penyayang dan pengasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat