STEVE JOBS HIDUP KEMBALI DI JOM HEBAT MEGA 2014

Hahahha, nampaknya, hari ini, pagi ini, kami satu family akan ke JOM HEBAT MEGA 2014. Katanya ada seorang dari tv alhijrah nak jadi speaker jemputan, harap harap oklah best. Apa yang best setakat ni tentu sekali aktiviti yang di aturkan memang mantap dan mcm mcm aktiviti ada dalam group ni.

1. Semangat Mak Bintang yang begitu garang suara seperti nak bertanding dun kuala pilah, memang superb dan penuh semangat, sejak mendengar ucapan bintang masa jom hebat KL, kali ni lebih gila dengan auditorium INSTITUT SOSIAL MALAYSIA, mak bintang telah berkaraoke lagu GEMURUH bersama sama peserta lain.
2. Pelancaran ireach , projek 2014 , sekaligus memberi impak baru dibawah group zainul dan lyna noh. Pelancaran projek rahsia, dilancarkan oleh Master Zainul, seperti steve jobs melancarkan produk terbaru Apple, dengan harapan semua cucu cicit susur galur mereka terus maju dalam membuat business Shaklee.
3. Forum Kain Pelikat yang dipengerusikan oleh fahmy suhaimi memang menarik, semuanya isu tentang suami yang tak support isteri buat shaklee. Panel pada harini ialah saudara Munzir , Apeh Dolah dan Lyna Noh sendiri sebagai panel ketiga untuk mengimbangi kuasa Aku Sayang Bini. Nampaknya JOM HEBAT MEGA memberi nafas baru kepada para suami yang mengikuti dan menemani isteri isteri yang menjalankan business Shaklee
4. Saya sempat menemubual Master Lydzar Rusman,  pengasas kedai 3S, yang sudi meluahkan perasaan keterujaannya dalam menghadiri jom hebat MEGA kalini. Oklah, tadi nampaknya suara lydzar kena edit balik sebab kebisingan yang melampau tahap riang yang diwujudkan oleh kanak kanak .

Nantikan sambungan sesi Amin Idris petang ini,  jom makan dulu.

4 comments on “STEVE JOBS HIDUP KEMBALI DI JOM HEBAT MEGA 2014Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge