Sudah Ku Tahu – Projector Band – Lagu Jiwang Terbaik 2016 ?

Bila dengar balik lagu nih, aku pun rasa naik menyampah jugak, tapi lama-lama duk layan jugak, hahahha, apa dah jadi nih ? Oh sebabnya diorang nih, bebudak Projector Band buat lagu jiwang tahap kaw kaw punya, di kala kebanyakkan band semua  nak buat lagu  lebih advance, banyak kod 7,  jazz, hipster, arab campur melayu, dan macam-macam lagi. Teringat pulak aku zaman Spoon, Spin, dan tak kurang macam lagu Bayangan Gurauan Mega.

Memang rasanya  tak boleh belah, aku faham sungguh melankolik melayu, dari dulu sampai lah sekarang, dari takbir raya yang mendayu, memang orang kita nih suka gile lagu macam nih, pergh layan habis, dengan rentak lagu  rock kapak, dah lama tak dengar lagu  gitaris main kod A minor pekat, sekarang biasalah sume nakjazz main aminor seventh tigabelas sustained sembilan. Solo gitar  mesti harmonic minor arpegio kaw kaw, hahhaha. Memang feel lagu dulu-dulu punya. Paling gila tentu sekali video klip diorang nih, partner  ship dengan Runner Oil,  siap pakwa accident lepas ternampak awek lama naik kereta dengan orang lain. Dan paling rock kapak tentu sekali scene jamming atas bukit, ini memang rock  kapak  pekat tulen, mana ada band nak buat  macam nih, Hhahaha, ini memang terbaik. Aku dengan yakin, lagu jiwang tahun 2016, yang terbaik tentu sekali aku bagi pada Projector Band, hahhaha. Tapi korang dah dengar versi Bangla nyanyi ?itu lagi terbaik, boleh masuk Bangla Vaganza !!!
Seringkali aku menduga
Seringkali ini terjadi 
Segala rahsia sudah ku tahu
Rupanya aku tak di cintai 
Untuk apa kau buat ku begini
Segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir di pipi
Segala yang ku korbankan untuk dirimu
**
Mengapa masih lagiku, berdiriku menunggu cintamu
Mengapa masih adamu, menyakiti di siang malamku
Aku terima cintaku dipersiakan 
Haaa …haaa…
Sayang… aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar
Sayang … selamat tinggal
Aku kan pergi buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpa ku selamanya… 
( Aku doa kau bahagia tanpaku selamanya )
( ulang ** hingga habis )

0 comments on “Sudah Ku Tahu – Projector Band – Lagu Jiwang Terbaik 2016 ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge