Sumbangan SMITI Al Hafidz Kota Kinabalu

Sumbangan SMITI Al Hafidz Kota Kinabalu

Terima Kasih Ya Alllah.

Beberapa bulan lepas kegusaran melanda hati. Mana tidaknya, tahun hadapan pelajar SMITI Al Hafidz Kota Kinabalu dh ada dua kelas dan tahun-tahun mendatang pasti akan bertambah kelas serta memerlukan ruang yang banyak. Kalau nak tambah komitmen menyewa, itu bagi saya bukan pilihan yang tepat walau itu saja pilihan yang ada pada ketika ini.

Saya berpegang pesan guru saya AF Ust Azli Syam Azhar katanya “untuk sekolah menengah, anta kena pastikan secepat mungkin cari tanah dan bangunkan Sekolah atas tanah sendiri. Jangan bazir duit pada sewaan bangunan”

Dengan pesanan ini saya mula mengiklankan kalau-kalau ada pihak yang ingin mewakafkan tanah untuk pembinaan sekolah agama. Saya letak syarat paling jauh pun Tuaran atau Papar. Bila letak syarat begitu, ada yang sinis “mana mungkin ada orang mahu wakafkan tanah di kawasan membangun.” Namun saya yakin Allah tidak mempersiakan usaha hambaNya. Kalau pun tiada, sekurang-kurangnya ada usaha untuk menjadi jawapan di hadapanNya

Hamba Allah pertama menghubungi saya menyatakan hasrat untuk mewakafkan tanah di daerah Kudat. Tanahnya cantik, sesuai untuk beberapa peluang perniagaan, tetapi tidak untuk SMITI. Saya teruskan usaha iklan dan tanya sahabat-sahabat. Akhirnya beberapa minggu lepas salah seorang sahabat saya menghubungi saya. Melalui lewat telefon dia menyatakan “Ana ada tanah nak wakaf di Tuaran untuk Sekolah agama. Nanti anta pergi tengok dulu dengan Yb Dr Aliakbar Gulasan. Kalau ok kita bincang bagi jadi.”

Allahu Akbar. Terima Kasih Allah. Alhamdulillah hari selasa yang lepas kami selesai melawat tapak tanah yang di maksudkan dan bertemu dengan sahabat yang mewakafkan tanah tersebut. InsyaAllah kami berazam memulakan proses pembangunannya bermula januari ini. Mohon doanya moga usaha ni mendapat bantuan dan pertolongan Ilahi. Amin.

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak kepada semua untuk memyumbang bagi menampung kos operasi perlajanan SMITI Al Hafidz di tapak sementara kami.

Segala sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun:-

Nama Akaun: SMITI Al-Hafidz

Nombor Akaun: 5602 3212 7669
(Maybank)

Atau melalui pautan berikut:
https://bit.ly/36Nilsp

Segala sumbangan dari Pihak anda amatlah kami hargai, semoga anda dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat kelak.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=357192675613457&id=109592127040181

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor berikut atau tekan pautan yang tertera:

Ustaz Asrul (Mudir):
0195066356
https://bit.ly/3gb0QoK

Cik Hasnidar (Kerani): 0148720771
https://bit.ly/2DWJEq8

Sekian, terima kasih.

#SmitiAlHafidz
#MembinaGenerasiIslamRabbani

πŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“ŒπŸ“Œ
Bantu sumbang dan sebar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat