Surat Kepada Usop Mentor

3 TIPS PENTING DARI PENAMPILAN USOP MENTOR

Salam Usop Mentor, apa khabaq ? hahah tetiba nak bunyi utara pulak. Salam sejahtera usop, saya faizsaaid, aka joe labu, insan biasa yang meminati seni rock tanah air. Tapi saya ni tahu pasal usop ni bila kengkawan viral pasal usop join mentor, hahah, tapi paling best yang saya tengok usop sampai la ni, saya belajar 3 benda dari usop.
usop mentor power

1. RUPA TAKDA TAKPA, JANJI ADA BAKAT

Suara usop bila nyanyi tuh memang sedap, walaupun depa duk gelak muka usop, tak glamer dan tak berapa hensem dibandingkan dengan penyanyi jambu yang lain. Usop punya suara tuh paling power, hahaha, memang terbaik, bakat ada, muka takda, teruskan jalan, jangan malu dan jangan segan.

2. USAHA TERUS USAHA

hahaha, cerita usop 3 kali jumpa mentor, dari Black, Akim sampai Hazama ambil usop jadi protege dia, memang bangga, Cuma yang bab tomok tuh memang kelakar. Yang penting usop ajar kitorang jangan putus asa, cuba dan terus cuba. Setiap peluang yang ada, teruskan dan datang setiap ujibakat yang ada, selagi tak clash dengan kenduri kakak sepupu.

3. LOGHAT ITU IDENTITI

Hahha, usop datang KL, menten cakap kedah, sampai semua orang suka, usop sempoi baq hang. Itulah pentingnya ada loghat tersendiri, bawak identiti negeri dan budaya. Sebab loghat ni buat usop berbeza dari protege yang lain. Bangga jadi orang utara, dan still cool dengan percakapan tuh. Memang power kau usop.
Oklah tuh je, semoga usop kau sukses dan terus sukses. Yehaaa, hang memang sempoi usop. Ceerita hang ni memang sejarah berulang, dari timbulnya Datok Hattan, hazama dan lepas ni hang pulak Usop. Sukses !!!!

0 comments on “Surat Kepada Usop MentorAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge