Surat Terbula Buat Pomen Mekanik Muda

Surat Terbula Buat Pomen Mekanik Muda

SURAT TERBUKA BUAT POMEN-MEKANIK MUDA..

Aku mula memegang sepana seawal usia 15 tahun. Aku menjadi pomen atau mekanik secara profesional lebih kurang 20 tahun lalu. Aku bermula di Mitsubishi dengan gaji RM860 sahaja di Kuala Lumpur.

Selama 5 tahun gaji aku tak pernah naik. Selepas 5 tahun, hanya naik RM10 sahaja! Tapi aku tak pernah complain. Sebab aku anggap aku sedang belajar, menuntut ilmu, menimba pengalaman.

Aku tak pernah pulang rumah awal. Aku terus tinggal di workshop untuk belajar lagi. Takda OT. Aku kerja sampai tidur di workshop dengan minyak enjin dan sepana-sepana. Aku terus belajar dengan senior-senior aku.

Weekend, aku buat job luar, repair kereta jiran-jiran. Tukar timing belt, overhaul engine. Rumah makcik aku jadi workshop aku. Takda hoist! Baring bawah kereta tau! Buat kerja sampai pagi tanpa rasa jemu.

Aku puas, aku gembira. Sebab niat aku bukan semata-mata untuk buat duit lebih, tapi ilmu dan pengalaman yang aku cari. Tak pelik skill dan pengalaman aku mendahului rakan-rakan sebaya aku dan aku sampai hari ini masih dalam industri ini. Ramai yang telah tewas.

Ketika aku di BMW, gaji aku hanya RM1750 sahaja pada tahun 2008Pun aku tak bunyi. Aku dah kahwin masa tu, ada anak, ada isteri. Aku hidup sederhana. Tanpa hutang. Aku masih lagi belajar, pergi ke workshop orang lain, bertanya dan berbincang masalah-masalah dan penyakit-penyakit kereta.

Aku tak static dengan 1 brand. Aku buat macam-macam brand. Dari Mitsubishi, Proton, Toyota, Nissan, VW, Audi, Ferrari, Lamboghini, McLaren dan Rolls Royce. Aku percaya ilmu dan pengalaman sahaja tidak cukup, tetapi attitude nak mencari ilmu dan pengalaman itu jauh lebih utama. Inilah masalah utama kaum pomen-mekanik ni, ATTTITUDE.

Kini, aku telah terbang ke UK, Jepun, Australia dan Brunei sebagai tenaga pakar untuk membaiki kereta-kereta di sana. Aku bukanlah pomen atau mekanik terhebat di dunia, tapi ilmu dan pengalaman aku ini cukup untuk aku curahkan kepada anak muda yang benar-benar dahaga akan ilmu dan pengalaman aku.

Hari ini, aku telah memiliki workshop aku sendiri, SCRUT AUTO. Aku sebagai pemilik, pengarah, CTO, mentor dan masih lagi mekanik yang memegang sepana, sudah pasti aku mahukan anak-anak muda ini jadi jauh lagi hebat dari aku. Di zaman teknologi IT ini, pelbagai maklumat mudah didapati. Apa alasan lagi? Hanya perlu rajin dan progresif saja!

Tapi amat menyedihkan. Ramai yang skill belum cukup, dah demand naik gaji. Ilmu baru setitik, berlagaknya segantang. Pengalaman belum banyak dah berlagak kerja macam otai. Jam 6 petang, terus pulang. Takda semangat nak belajar lagi. Aku sampai hari ini ada time aku tertidur di workshop aku.

Aku tau menilai berapa gaji yang korang layak dapat. Korang tak boleh tipu aku. Sebelum korang lahir, aku dah pegang sepana wahai anak muda! Aku bukan baru sehari dalam industri ini. Kau blah pun, aku boleh buat.

Nasihat aku mudah, tahun 1 sampai tahun ke-5, korang cari workshop yang boleh bayar gaji kau tanpa ada masalah. Ikut seorang otai (mentor) yang diketahui kehebatan dan skill dia. Niat nak belajar. Jangan berkira dengan mentor dan company korang. Tunjuk effort dan kegigihan korang.

Pegang kata-kata keramat Melayu ini,

“bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..”

Bila fundamental dan asas korang dah kuat, korang akan senang selepas itu. Apa kereta pun korang akan berani buat.

Dari 5 ke 10 tahun, korang sepatutnya dah nampak masa depan dan halatuju career korang. Masa ni korang masih belum otai, tapi korang kena dapatkan kepercayaan mentor korang. Kalau mentor korang cakap korang biasa-biasa, korang masih belum lulus.

Ingat anak muda, pandai buka dan pasang tak menjadikan korang mekanik atau pomen di mata aku, korang hanyalah fitter pada mata aku. Tahun ke-10 korang mesti dan wajib boleh diagnos kerosakan kereta. Jika tidak, level korang takkan naik.

Kita ni kerja merawat benda yang tak boleh bercakap, kereta tak boleh bercakap dan bagitahu apa yang rosak, apa yang sakit. Tak macam doktor perubatan. Jadi skill diagnos akan membezakan mekanik/pomen dengan fitter.

Selepas pengalaman korang dah lebih 10 tahun dengan skill dan ilmu korang dah cukup mantap. Baru korang layak datang jumpa aku demand apa korang nak. Sebab aku sudah tak layak jadi mentor korang. Masa itu, mungkin korang pula akan mengajar aku.

Dunia pekerjaan ini bukan tempat kau nak main-main. Ini tempat kau strive dan struggle, buktikan kau seorang yang berguna. Ingat, dengan ilmu, skill, pengalaman dan attitude yang baik akan mengangkat darjat korang di masa akan datang.

Aku dah lalui, korang juga kena lalui..

—-

Siapa nak jadi young padawan aku?

Apply sini..

https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?what=scrut&jobId=6505b7f5b44d4d69bf82a07800360034

Email cv/resume ke scrutauto.my@gmail.com.

ps: Yang otai dan semi otai tengah cari kerja pun sama. Aku tengah nak tambah staff lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat