Surat Untuk Norita Idris

Sebelum nak tidur ni, saya nak belanja satu gambar lagi khas untuk supergrand nanny
Saya mula mula join kelas kak N masa di PJ, masa tu wife baru mula kenal shaklee, masa tu tahun 2012, bulan 2, kami hanya pergi setengah hari je, kami ada majlis tunang adik saya.
business shaklee
Sebelum ini, kami pernah join MLM lain, yang kena pergi kelas malam, dan susah nak bawak anak semua. Tapi masa saya datang kelas kak N, saya terkejut juga, hooo boleh bawa anak rupanya, hooo, memang hebat. Tapi perasaan tu kekadang tak minat lagi, sebab masa tu anak kami Arreessa Zulaikha masih tak pandai nak bergaul, dia asyik menangis, dan dia taknak duduk dengan saya, jadi ainul yang kena bawak keluar, dan saya yang kena dengar apa yang Naquib Hussain mengarut.
Benda yang tak boleh belah masa tu ialah tentang pembentukan sel,vitamin anti oksida. Masa tu dia kata yang sel tu kena terbelah dua cantik. Kalau sel tu tak terbelah dengan betul, itu yang jadi kanser. Masa tu juga saya tengok pembentukan sel tu kena cukup, kalau tak cukup tu yang jadi radikal bebas. Tapi memang ingatlah, dalam hati tanya kalau SEL PECAH TIGA, JADILAH BOBOIBOY KUASA TIGA !!! hahaha gelak jelah !!!! (sampai sekarang pun tak berapa faham hahaha)
Bulan 10 pulak, dengar kuasa magik kak N di sri petaling, masa tu dah serius sikit, mula tanya itu ini, hahhaa, apapun, masatupun, anak kami merengek lagi, tak sempat nak join semua session. Oh kecewanya, tapi usaha diteruskan lagi.
Alhamdulillah masa berlalu dengan pantas, hingga ke hari ini, saya tak sangka akan dapat ke USA, menghadiri Shaklee Global Conference, dan menjerit “SELAMAT HARI RAYA !!!” didepan semua SID seluruh dunia. Dengan berbaju melayu , berhari raya style LA, itulah saat yang tak boleh dilupakan. Suatu kenangan yang diabadikan untuk legasi kami akan datang.
Terima kasi PM Norita dan Naquib, We love you,

2 comments on “Surat Untuk Norita IdrisAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge