FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Suri Rumah Kerjaya Hebat

Suri rumah.

Keluarga mertua pandang rendah kepada menantu perempuan yang tak kerja ya? Sebab nampak menantu susahkan anak dia. Kesian anak dia kena kerja keras sara keluarga, sedangkan menantu relax aje kat rumah tengok tv, tidur, makan dan lepas tu hujung bulan dapat duit bertimbun dari suami. Lepas dapat duit bertimbun menantu pergi shopping.

Kesian anak aku!

Inilah mentaliti yang menyedihkan yang masih berlegar dalam masyarakat.

Tapi bukan keluarga mertua sahaja yang pandang rendah tetapi juga keluarga sendiri dan banyak ahli masyarakat.

Suri rumah ni macam tak ada masa depan. Membayangkan suri rumah ni berbaju kepam, bertudung senget, bau bawang, blur tak tau hal dunia dan semua yang buruk-buruk sahaja.

Suri rumah ni tak ada taste. Kalau bawak ke rumah orang pun terus pergi belakang untuk tolong masak dah basuh pinggan. Dukung anak sambil membantu tuan rumah memberi makan kepada tetamu lain yang bukan suri rumah!

Begitulah suri rumah digambarkan.

Keadaan ini menyebabkan ada wanita yang tak perlu bekerja pun terpaksa bekerja hanya kerana tak selesa dan takut dengan pandangan masyarakat. Tak sanggup nak hadap persepsi gila yang suri rumah ini tak berguna.

Kitaran pandangan hina ini jika kita tak hentikan akan terus segar sepanjang zaman. Kita kena ramai-ramai hentikan. Semua orang. Jika daripada sekarang kita bekerja keras mengubah mindset masyarakat, generasi akan datang akan menuai kerja keras kita semua.

Surirumah adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Tiada gaji bukan bermakna hina! Tiada gaji tetapi bekerja siang dan malam untuk keselesaan keluarga adalah jihad. Setiap tingkahlaku dan amal baik yang tercetus dari ajaran ibu itu akan menjadi pahala yang berterusan.

Setiap keselamatan yang ibu ini sediakan untuk anak ini dan kelapangan ayahnya ketika bekerja kerana tahu anak-anaknya adalah selamat juga dikira pahala untuk ibu ini.

Pesanan saya untuk surirumah di seluruh Malaysia, jangan sesekali memberi ruang kepada sesiapa pun untuk memperkecilkan pilihan menjadi surirumah.

Surirumah adalah satu kerjaya. Sesiapa yang tak boleh terima hakikat ini, biarkan mereka. Jangan membiarkan kesempitan fikiran mereka ini mengganggu kehidupan kita.

Sumber : NM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat