Survey 12 Orang Berbeza Mendapati …
Hari ini saya buat ”SURVEY” jumpa orang lelaki sahaja seramai 12 orang untuk bertanyakan soalan “jika encik sudah tiada nanti, apa persediaan encik untuk ditinggalkan pada isteri dan anak-anak untuk teruskan kehidupan”.
Ini jawapan yang saya terima untuk 12 orang. Harap ada yang sudi untuk beri kesimpulan bagi jawapan-jawapan di bawah.
Orang 1: (enggan ulas)
Orang 2: syarikat saya kerja ada sediakan khairat kematian RM3K untuk keluarga saya. & (enggan ulas panjang).
Orang 3: buat masa ini saya ada rumah sendiri sahaja untuk diberikan pada isteri dan anak-anak untuk berlindung. Dari segi duit, akan difikirkan kemudian.
Orang 4: belum terfikir lagi benda ni. & (enggan ulas panjang).
Orang 5: tak ada apa nak diberikan, pokok pisang banyok lerr ( dalam nada gurauan )
Orang 6: Saya dah sediakan pampasan insurans saya untuk anak isteri saya. Harap cukup.
Orang 7: belum sediakan apa-apa lagi.
Orang 8: Saya ada kebun, rumah, boleh bagi diorang ( anak isteri )
Orang 9: hutang saya banyak ni. tengoklah macam mana nanti. (enggan ulas panjang)
Orang 10: Saya ada wasiatkan pampasan insurans pada isteri dan anak-anak saya jika saya tak ada nanti. nak kumpul duit sendiri mana sempat.
Orang 11: belum sediakan apa-apa lagi. tapi, keluarga saya ramai boleh bantu.
Orang 12: tak tahu la. sakit kepala nak fikir nya. (enggan ulas)
Takaful Lady
I Love My Job
kredit: Haizi Azlan