FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

SWEET DREAMS – Karya “GEDIK” Michael Ang ?

SWEET DREAMS – Karya “GEDIK” Michael Ang ?

Aku tak minat sangat pun tengok drama melayu ini, walaupun heroine cun melecun macam Mira Filzah, kekadang memilih juga drama. Tapi tah macam mana, aku boleh melekat tengok sweet dreams nih. Ini semua wife aku rasa menarik sebab kali pertama dia melihat PU AZMAN berlakon dalam drama. Jadi aku pun tertengok sekali, sampai aku jadi gile tengok, hahaha, sampai ambil gambar depan restoran yang diorang berlakon tuh. Dan kemuncak kegilaan aku ialah dengan menulis review drama ini.

Aku memang banyak idea nak menulis, tapi kekadang tuh memilih betul betul drama yang berkualiti, tapi karya sweet dreams tulisan asal acik lina ni jadi pilihan, sebab interpretasi michael ang dalam drama ini sangat GeDIK ? Apa tuh gedik ? yes gedik tuh ialah

GEnre Drama Islamik Korea.

Hahhaa, memang siapa yang perasan, dari segi lagu, pelakon, sinematografi, fesyen tak ubah macam tonton kdrama. Hahha, sangat best pulak. Takpa, pemilihan GEDIK untuk menterjemahkan karya acik lina nih tak salah bagi aku. Anak aku pun layan kpop black pink, wife aku pun suka juga movie korea, jadi mengikut trend adalah normal dan patut dilakukan oleh seorang director. Tapi hebatnya sweet dream ni sebab ianya sebuah karya yang pekat dengan unsur kdrama, tapi penuh mesej islamik dan kasih sayang.

Aku rasa kalau nak dibandingkan karya Michael Ang sebelum ini, aku pun naik menyampah, sebab aku tahu start aku tahu susuk tubuh cina ni masa dia join master chef malaysia dulu. Mulut beliau, hahaha, takde lesen punya. Drama arahan beliau pun aku tengok , hadoi, tak boleh belah jugak. Tapi lama kelamaan, aku respect cerita ini. Sebab dia buktikan, lepas nak memeluk islam, ramai artis yang suka cakap depan media dia dah matang bla bla bla. Tapi Michael Ang lain, dia tak pelu nak cakap dia dah mula suka islam, dah matang, tapi dia tunjukkan kematangan beliau melalui interpretasi beliau dalam drama ini. Itulah hebatnya seorang anak seni. Ianya macam jugak Rhoma Irama yang menyampaikan dakwah beliau melalui lagu dangdut yang gedik tapi sangat kuat isinya. Aku jadi suka drama ini bila scene Michael Ang , dialog drama cerita ini memang sangat kuat , makan dalam punya.

Mesej dalam cerita ini sangat banyak, korang tengoklah dari episod satu sampai sekarang, ada je benda yang korang boleh nampak. Tapi dalam banyak banyak itu, benda paling penting yang aku nampak ialah SWEET DREAMS Michael Ang tuh sendiri. Yes, dreams dalam maksud yang lain ialah IMPIAN. Aku nampak IMPIAN Michael Ang dalam drama ini. Boleh aku katakan, impian beliau ialah dia nak kita semua duduk dalam keadaan harmoni, toleransi dan kasih sayang. Yes, korang perasankan ? tak kisahlah melayu, cina india, berbeza agama, kita boleh duduk aman sama sama. Dalam cerita ini, aku perasan, walaupun setiap orang tak sempurna, tapi mereka ini menjadi keperluan kepada yang lain. Jadi cinta pula kepada yang lain. Menarik cerita ini, Putri yang bisu menjadi pilihan Qash dan Carl, Cempaka pula suka pada Carl yang sangat caring walaupun belum Islam, Dr Ammar suka pula pada Farah walaupun farah itu takde leher. Paling kelakar pula ialah Tuan Fadil angau dekat Mak Putri yang panas baran dan rasa hidup tak sempurna miskin dan rambut belang coklat. Walaupun tuan fadil asyik menduda sebab bini sebelum ini kuat bebel, tapi dalam cerita ini tanpa sedar tuan fadil suka mak putri ini. Hhahaha hebat sungguh makna jodoh dalam cerita ini.

Apapun ending drama ini, qash kahwin dengan putri ke, putri kawan dengan carl ke, tuan fadil kahwin dengan mak putri ke, qash mati pasal tumor ke, itu semua sekadar suprise element dalam drama ini. Tapi lebih penting, Michael Ang berjaya melihatkan menunjukkan cara membuat drama KOREA yang patuh syariah, mendefinasikan semula istilah romantik dalam bercouple, dan macam macam lagi. Sebab takkan Pu Azman sesuka hati nak berlakon drama yang sia sia, kecuali Che Man sendiri tahu dan akui drama ini ada banyak mesej tersirat berbanding drama yang lain. Tahniah semua krew produksi dan juga kredit kepada aciklina yang menulis novel Sweet Dream.

ps: aku tak baca novel, jadi aku tulis berdasarkan versi drama.

Ninjaseni

2 thoughts on “SWEET DREAMS – Karya “GEDIK” Michael Ang ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *