T-shirt Rasmi Aku Sayang Bini (ASB)

Malam tadi punya sesi teh tarik , atau nama orang putihnya Teh Tarik Session (TTS) oleh group ASB, aku sayang bini. Kali ini, aku dapat join juga, selepas beberapa sesi TTS yang tidak dapat dihadiri atas dasar kesihatan dan kepenatan tahap ketiga ilmu gaban. Kali ini, nampaknya, sesi lebih panas sebab Abang Besar Munzir, iaitu biro kebajikan ASB siap sedia dengan t-shirt rasmi ASB yang baru ditempah, dan akhirnya dapat dipakai oleh para ahli ASB yahoo
aku sayang bini

Sejarah ASB

Group ASB ni yang dikenali sebagai Aku Sayang Bini telah diilhamkan oleh Fahmy Celik Vitamin . Perlunya group sokongan ini amat penting untuk membincangkan isu isu berat tentang Shaklee dari sudut pandangan kaum lelaki. Sekarang ini pula, ramai juga Pengedar Macho dari kalangan lelaki yang sendirinya menjalankan business Shaklee secara solo atau bersama pasangan SAH masing masing !!!

Bagaimana Nak Sertai ?

Korang boleh mendaftar sebagai SID di mana mana SID yang Lady Boss bawah Lyna Noh dan Zainol Anuar, atau anak cucu cicit, group Lady & Boss. Memang group ASB agak special sikit dalam Shaklee ini. Memang terbaik sebagai momentum mengejar income stabil bersama Shaklee. 

Kenapa Mesti 4 ?

4 membawa maksud 4 sifat Rasulullah saw, yang perlu ada pada setiap SID yang betul betul jujur dalam perniagaan Shaklee ini. So kalau ingat 4 yang lain, dah macam Rabia pun ada, dan ada juga yang cakap benda lain pulak, tak pasal pasal sebut set poligami Shaklee. Hooo, Tapi 3 ke, 4 ke, 5 ke, tak kemana nombor tuh. Maybe 4 tuh nak dapat 4.00 CGPA, Ianya melambangkan CEMERLANG tahap gemilang dan terbilang . Hooo MANTAP !!!

Pink Melambangkan Kasih Sayang

Warna pink nampak jambu, tapi lebih dari itu, ianya melambangkan kasih sayang dalam keluar ASB, lagi lagi nama group pun Aku Sayang Bini. Jadi jiwanya lebih mesra dan saling bertukar pendapat dan pandangan serta bersedia mendengar dan membantu rakan rakan diluar sana yang berada dalam kesusahan. 

Seminar ASB ?

Hahhaah, mungkin menjadi letupan dan sejarah lady &boss sendir, bila dalam kepala hotak aku nak anjurkan Seminar Aku Sayang BINI, kali ini seminar akan dimonopoli oleh speaker dari kalangan para suami yang macho lagi kacak. Oklah, sekian  itu sahaja berita lanjut tentang ASB. Selamat beramal !!!

8 comments on “T-shirt Rasmi Aku Sayang Bini (ASB)Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge