Tafsiran Mimpi Ular

Tafsiran Mimpi Ular

đź–‹TAFSIRAN MIMPI ULAR MENURUT PANDANGAN ISLAM

Selalu kalau kita mimpi ular orang cakap maksudnya ada orang nak masuk meminang… Tapi kalau yang mimpi tu orang laki macam mana plak? Ada orang pompuan nak masuk meminang laki tu ka?? Sebenarnya, mimpi ular ni tiada kaitan langsung dengan orang nak masuk meminang… (Sila betulkan jika saya salah) Ini adalah berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Ustaz Syarhan Syafie dalam slot Tanyalah Ustaz di TV9 dihatiku… Beliau telah nyatakan secara ringkas tafsiran mimpi ular menurut ISLAM… Antara isi-isinya adalah :

Mimpi ular ditafsirkan dari segi sama ada ular itu mematuk, membelit atau kita bermain dengan ular tersebut.

Dalam kitab Fi Tafsirrul ahlam oleh Ibnu Sirrin ada menerangkan secara mendalam tentang mimpi.

Sekiranya kita bermimpi dipatuk ular bererti sihir telah meresap masuk ke dalam tubuh kita.

Sekiranya kita bermimpi dibelit ular atau bermain dengan ular bererti sihir telah memberi masalah kepada kita.

Secara keseluruhannya, ular adalah haiwan yang ditakuti oleh manusia.

Dan atas sebab itu jugalah Allah telah menyediakan kepada orang yang tidak solat, di dalam liang lahad nanti seekor ular yang bernama sakhar. Ular ini tugasnya adalah melaknat orang yang meninggalkan solat.

Sekiranya anda mendapat mimpi yang sebegitu maka rawatlah jiwa anda. Untuk mendapat mimpi yang baik maka sentiasalah tenangkan jiwa dan sentiasa membaca ayat suci Al-Quran.

Apa yang dijelaskan oleh Ustaz Syarhan Shafie di atas adalah dari sudut pandangan Islam dan boleh diambil sebagai pengajaran dan peringatan buat kita semua… Sama-samalah kita berdoa agar kita semua sentiasa di dalam perlindungan dan kasih sayang Allah… Semoga kita semua dapat menjauhkan diri daripada syirik dan taksub akan ramalan-ramalan mimpi yang tidak berasas… Sebagai perkongsian bersama, saya sertakan nota mengenai tafsir mimpi menurut Islam yang saya ambil dari sini dan sini.

Tafsir mimpi menurut Islam:

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata :
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku.” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya.” Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.

Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenarannya. Semoga buku ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insya Allah.

Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentaqbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya.

Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-‘Ibarat, berkata:

“Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil dan ta’bir mimpi.”

Menurut ahli-ahli ta’bir, mimpi ada tiga macam:

1) Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.

2) Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

3) Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada Tujuh tingkatan, iaitu nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhamah, nafsu mutmainnah, nafsu Radiah, nafsu Mardiah & nafsu Kamilah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

Berikut adalah bebarapa adab yang telah ditunjukkan oleh Rasuullah SAW sebelum daripada kita memasuki alam mati yang sementara supaya mimpi kita bukan daripada mainan syaitan. Dan semoga ianya adalah mimpi yang benar dan ilham daripada Allah.

Antaranya:

1. Membaca doa “Bismikallahumma ahyaa wa amuutu”

2. Membaca dua kalimah syahadah.

3. Selawat ke atas Nabi.

4. Membaca ayat Kursi

5. Membaca ayat 285-286 surah Al-Baqarah.

6. Surah Al-Kaafiruun.

7. Menadahkan dua tangan seperti biasa berdoa kemudian ditiupkan ke dalamnya dan baca surah Al-Falaq (Qul a’auuzubirabbil falaq…)

8. Surah Al-Faatihah.

9. Tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 34 kali.

10. Kemudian tidur dengan mengiring sebelah kanan dan meletakkkan kedua-dua tangan di bawah pipi kanan.

11. Kemudian tidur dengan mengiring sebelah kanan dan meletakkan kedua tangan di bawah pipi kanan.

Antara adab-adab ketika lepas bermimpi. Kalau kita bermimpi dengan mimpi yang baik, disunatkan supaya kita memberitahu kepada mereka yang kita sayang dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku.

Manakala mimpi buruk pula kita disunatkan melakukan perkara-perkara tersebut :

1. Membaca ta’awwuz (A’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali (tanpa mengeluarkan air liur).

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (jika mampu)

Kalau diamalkan perkara di atas Insya Allah mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.

#kreditprodukmuslimsejati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat