Tahun Baru Gathering Supermoms dan Superdads

Riang ria gembira dapat bersama lagi dalam aktiviti kalini. Banyak benda yang nak diceritakan, tapi almaklumlah, penat tak terkata lepas balik dari aktiviti outdoor. Kiranya, berbaloi-baloi, dapat merapatkan lagi siraturahim antara family supermoms dan superdads.
gathering tahun baru

KELAS SHAKLEE

Sebelum ni,kita ada aktivit outdoor juga, kelas SHAKLEE yang diadakan di tasik shah alam pada bulan november lepas. Kalini kitorang buat aktiviti yang lebih keluarkan peluh, lepas tu makan isi perut, dengan macam macam juadah dari mak buyung, nora, wife saya, dan kek ciqila dan macam macam lagi. Tak lupa jugak ada air sirap yang best, ni mesti kerol husbang nora yang buat rasanya.

JOGGING TASIK

Pagi dimulakan dengan aktiviti bebas, rasanya kerol dan supersyazawan dan berjogging 15 round kat tasik taman jaya sebelah amcorp mall tu. Lepas tu bila semua dah sampai, barulah kitorang berkumpul, buat senam aerobic yang diketuai oleh saya sendiri. Yang paling best, senamrobik pasang lagu Hukum Karma , Wings. Hooo, penat woo. Lepas tu semua orang sibuk makan, kami pun lelaki kita buat game timbang bola budak kecil. Saya sempat demo timbang banyak, hahaha, apapun enjoy.

TIPS SUPERVISOR

Lagi menggembirakan ialah kedatang mak kepada hadhatina, iaitu Lyna Noh dan Zainul Anuar yang menjenguk kami, sambil memberi kata kata perangsang supaya kami terus maju dan berjaya dalam business shaklee ni. Dapat jugaklah saya kenalkan supersyazwan kepada Zainul Anuar ni, bagi dia terbakar sikit, supaya naik terus jadi supervisor bulan ni.

FOKUS

Apapun, semua aktiviti ni , memang best, kami sangat enjoy, anak-anak dan rakan rakan, kami tak lari dari fokus untuk business. Sambil bergossip, ada sahaja tips baru , dan tak lupa juga masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan dapat dibincangkan bersama. Semuanya tetap best, balik tu dah penat penat, hmm, oklah AJHT ada, lega sikit, nasib baiklah promosi, murah sikit nak beli. Saksikan video aktiviti kami. SELAMAT TAHUN BARU !!!!!

0 comments on “Tahun Baru Gathering Supermoms dan SuperdadsAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge