Takut Rugi Naikan Kos Facebook Ads ?

Takut Rugi Naikan Kos Facebook Ads ?

“Bimbang nak up budget Facebook Ads sebab takut rugi?”

Dulu masa mula-mula guna Facebook ads ni, ini persoalan yang selalu bermain di fikiran saya.

“Macam mana ek nak naikkan budget ads, dan tak rugi?”

Haha.

Saya tahu ini juga ketakutan ramai orang yang meniaga online ni.

Kadangkala bila naik kan budget je, mulalah sales ke laut kan.

Jadi terpaksa turunkan semula budget. Itu yang lebih selamat kan. hihi.

Dulu-dulu, saya akan start dengan budget rendah, RM10 – RM15 sehari untuk satu-satu ads campaign.

Cuma masalahnya bila budget terlalu rendah ni, iklan jadi sangat lambat dapat result. Reach pun sangat sedikit.

Bila lambat dapat result, memang akan selalu buat kita jadi down kan. haha!

Sebab tu lah sekarang ni, mana-mana iklan yang baru saya nak run.. Saya akan terus set at least RM50-RM100 per day.

Jadi iklan lebih cepat dapat reach yang tinggi (maksudnya ramai nampak iklan tu).

Bila ramai nampak iklan tu, senang dapat tau result. Sama ada iklan tu perform atau sebaliknya.

“Macam mana nak tahu iklan tu perform atau tak?”

Kalau saya mudah je, saya ada target untuk setiap iklan yang saya buat.

At least, jika iklan tu dah capai target saya, maksudnya iklan tu perform lah.

Contohnya, saya nak iklan tu hasilkan at least 5 sales. Kalau capai 5 sales dan ke atas, kira iklan tu bagus dan saya akan proceed je iklan tu atau tambah lebih budget untuk iklan tu scale up.

“Cost per click saya murah, tapi takde sales. Ok ke?”

Personally, saya lebih pentingkan sales berbanding cost per click.

Ada orang suka benor nak cost per click murah. Tapi itula, setiap orang ada target masing-masing.

Jika target anda ialah nak dapatkan cost per click paling murah, then mungkin itu ok buat anda.

Tapi kalau saya, saya lebih suka dapat lebih banyak sales beranding cost per click yang murah ni.

(Tapi kalau dapat sales banyak, cost per click pun rendah.. itulah yang lebih bagus)

“Macam mana nak up budget kepada at least RM1,000 per day?”

Dulu saya sangat impress dan teruja bila jumpa usahawan yang boleh laburkan RM1k per day pada iklan Facebook ads.

Saya terfikir jugak, macam manalah dorang berani sangat letak budget tinggi-tinggi macam tu.

“Tak kelaut ke sales dorg?”

haha.

Rupanya ada framework khas jika kita nak letak budget yang besar ni kat iklan.

Bukan main belasah je.

Then satu hari tu, saya pun beranikan diri untuk naikkan kan budget iklan saya.

Mula-mula RM100 per day je.

Kemudian, saya naikkan menjadi RM200 (menggeletar jugak nak tekan publish bila budget dah naik ni. Takut rugi. haha!).

Kemudian beberapa hari berikutnya, saya cuba up kan lagi budget sehingga RM500 – RM1,000 per day. Lagi menggeletar tangan haha!

Rupanya, apa yang saya belajar sepanjang proses tersebut ialah..

Bila kita scale up budget ads dengan kaedah yang betul dan terancang, Insyaallah target result yang kita nak tu akan mudah dicapai. (Semua dengan izin Allah).

Dan of course la ada yang yang perlu kita adjust sana sini sikit untuk dapatkan lebih profit untuk setiap ads campaign yang dibuat.

“Mana nak belajar semua ni?”

Anda boleh tonton video RAKAMAN kelas online Facebook Ads Mastery.

Saya ada kongsikan cara bagaimana step by step yang anda patut buat untuk run iklan di Facebook ads.

Saya tunjukkan apa jenis objektik yang anda kena pilih dulu (based on target anda), kemudian macam mana strategi nak tetapkan budget supaya setiap iklan boleh beri profit.

Dan yang paling penting ialah saya akan tunjuk bagaimana cara nak tulis iklan. Ini core utama sebenarnya.

Sebab ramai je yang tahu teknikal buat iklan, tapi kenapa masih tak dapat result yang baik.. Biasanya ia berpunca dari segi penulisan ayat iklan yang tak berapa sesuai.

Untuk tahun ni, rasanya ini baru 3 kali saya ajar pasal Facebook ads secara public.

Kali pertama ialah dalam sesi Private coaching dengan satu company swasta (seperti dalam gambar).

Kali kedua pula dalam sesi zoom online dengan beberapa student coaching saya.

Kali ketiga, dalam kelas online ‘Facebook Ads Mastery’ yang saya dah buat baru-baru ini.

Saya jarang ajar benda ni kat public.

Jadi jika anda bercadang nak belajar strategi Facebook ads untuk bisnes anda, saya jemput anda untuk tonton video full recording kelas online ini.

Klik disini:

=> https://bit.ly/adsmastery2020
=> https://bit.ly/adsmastery2020
=> https://bit.ly/adsmastery2020

Insyaallah ada banyak benda baru yang anda akan belajar nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat