Taufiq dan Ana

Taufiq dan Ana

November 18, 2008 at 3:46 PM
15/11/2008-Sabtu-Majlis perkahwinan Taufiq dan Ana-Muar

Hmm, perjalanan ke muar memanglah mencabar. menaiki bas kkkl, selama 2 jam, puh penat jgk. Sampai di sana, saya dijemput oleh en Adi Soleh, yang sungguh baik hati dan berbudi pekerti.
Kami di dalam hujan mencari rumah pengantin perempuan, kakak ipar saya. Akhir dalam hujan mencari, sampai juga ke tempat kahwin.

Rombongan keluarga saya tiba lewat sedikit, jadi saya menunggu mereka sambil memakan kuih dengan gelojoh, sebab pagi tu tak makan apa pun. Rombongan pun dah sampai, saya tetiba menjadi juru kamera, termasuk abg farisz menjadi kameraman juga. Adalah kompang yang meriah, sambil silat menyilat oleh abg kopiah.

Kami pun masuk, dan upacara persandingan di adakan. Lepas tu, saya pun tetiba duduk kat meja makan pengantin dalam acara ‘makan damai’. apalagi makanlah puas puas. Hahaha.

Tak sangka, kat situ pun sempat meniup harmonika khas untuk topek dan ana. Perg bebudak ramai tu datang tgk.Pastu dalam pukul 4 petang, kami pun balik terus ke shah alam, dengan keaadaan penat dan gembira. Sekian terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat