Tempat Sarapan Best di Shah Alam

Hehhee, saya tukar tajuk sikit untuk cabaran hari ketiga. Kali ini saya nak share dengan anda , tempat sarapan best yang saya mesti pergi, kalau dapat pergi tuh, memang layanlah. Tempat ni, biasanya saya cari makanan yang sedap dan banyak pilihan, sebab kekadang Ainul bukan suka makan nasi lemak hahahha, oklah takpa, jom tengok pilihan saya nih.

sarapan pagi shah alam

Banyak Pilihan

Oklah untuk masuk ruangan yang banyak pilhan, ini adalah tempat restoran yang saya suka bawak anak anak dan mak mak yang nak banyak pilhan, supaya tak bosan nak makan nasi lemak je macam saya.

1. Restoran Soto , Seksyen 8

Hahhaha, memang best kat sini, dekat dengan rumah aku dulu, jalan kaki, terus sampai, lepas tuh, dekat dengan surau, senanglah siapa yang lepas lunch, boleh terus ke surau solat. Paling best ialah tentu sekali soto nya, dulu gua ingat lagi, masa mula buka, kedai ni satu je, lepas tu jadi dua, lepas tu jadi 3, lepas tu jadi 4 kedai dia sapu semua, hahahha. Harga soto tuh, dari RM 2.50 sampailah harga RM 4.00, biasalah inflasi yahudi nih, 

2. Restoran  Hartini Seksyen 10 

Oklah yang ni pun sama, masakan kelantan, yang bestnya sini ialah laksam dia, lauk memang pure kelantan, ada nasi kerabu tu sedap juga, jadi pilihan jugaklah, kalau nak bawak family makan yang ada variety. Tapi tak syok bila dah ramai, kena beratur panjang untuk bayar. Hahahha,

Nasi Lemak Sedap 

Hahahah, yang ni memang aku suka sangat beli nasi lemak kat tempat diorang nih, kalau aku sarapan sorang sorang, confirm aku beli nasi lemak kat bawah ni, antara yang feveret jugaklah, kalau makan nasi lemak, hahaha, memang comel jadinya kalau tak terkawal.

1. Restoran Ceria, Seksyen 3

Hahhaa, bunyi macam adik beradik gembira, dulu restoran gembira memang sedap, hoo, tapi ceria cuba tiru, tapi memang takleh lawan yang Gembira dulu dulu punya. TApi nak buat macam mana, yang gembira punya sekarang ni ada kureng sikit

2. Gerai Mak Nik, Seksyen 11

Dari aku sekolah menengah , antar nasi lemak yang best untuk di makan, masih sedap macam aku sekolah dulu, tapi yang tak sedapnya, kalau takda duit kecik, habis aku kena pergi tukar, apapun gerai ni layan makan enjoyz sahaja.

3. Nasi Lemak Depan Pasar Seksyen 6

Aku tak tahulah apa nama kedai makcik tuh, tapi masa tu aku cubalah beli sarapan situ, sebab semua tempat kedai tutup time raya, alamak sekali rasa sedaplah, tak muak macam nasi lemak komersial yang lain. LEpas time tu, aku memang selalu sambar kedai tuh, murah gila dan sedap !!! Oh ye, ni bukan nasi lemak AYUB ye, hehehe. Takda gambar pulak, hehhee. Oklah, dah jumpa gambar, kedai dia sebelah kira gerai nasi ayam nih, ok, 

Tips Sarapan

Hahaha, walaupun makan sedap, apapun, kalau makan tuh beringat sikit. Tapi jangan kome semua skip sarapan pulak, bahaya woo, bak kata pepatah, sarapan bagus, kalau kome nak diet. Hooo, lagilah kalau bekerja kuat. Tapi kalau kerja ofis, makan nasi lemak banyak, jawabnya boleh tertidur jugak, air liur meleleh di keyboard jawabnya, hahahha, oklah bye !!!

12 comments on “Tempat Sarapan Best di Shah AlamAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge