Tentang Joe Labu

Alhamdulillah, ini adalah satu langkah menuju wawasan 2020, sebelum melangkah ke TN50. Transformasi penulisan aku ke arah penulisan gaya merapu akan diteruskan, tapi kali ini dengan menggunakan medium wordpress pula. Nampaknya penulisan ini 50 langkah ke depan mengatasi pasukan selatan tanah air.

Seperti biasa Joe Labu atau nama sebenar aku Muhammad Faiz Mohamed Saaid adalah seorang insan yang lemah, hanya mengharap kuasa dari Allah swt untuk terus hidup di muka bumi ini sebagai khalifah yang ingin menyumbangkan kepada kemakmuran dunia dan menanam benih benih akhirat sana.

Aku dulu sekolah rendah dekat seksyen 6 shah alam, lepas tuh sekolah menengah dekat seksyen 9 shah alam, lepas tuh matrikulasi dekat Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Nasib baik dapat keputusan cemerlang, sempat mengikuti sarjana muda mekatronik di UTM Skudai, dan terus sambung master dalam elektrik, penyelidikan tentang DNA Computing. Lepas tuh terus kerja dekat UM, sebagai tutor, sambung phd, ambil bright spark, lepas tuh berhentikan diri sendiri, habis berhutang dengan UM beratus ribu.

business partner shaklee

Jadi sekarang bersama-sama isteri tercinta Ainul Mustafa fokus buat shaklee, dan sampai sekarang kami setia dengan business begitu. Jadi kami ini ajar orang buat marketing guna blog, facebook, artikel viral, instagram dan macam -macam lagi . Jadi itu adalah rutin harian, selain hantar anak pergi sekolah. Lagi satu kitorang adalah pengasas kepada page Diet Diet Sihat, habis satu  malaysia kenal, ada yang blogspot, dan ada yang fokus jual VIVIX. Tapi kat sini, aku tak menjual, blog jualan boleh refer kat sana ok ?

Sebagai seorang blogger, nampaknya hari ini akan terus menerus menulis di blog terbaru, jadi blog ini adalah sangat  menitikberatkan pendapat aku sendiri , jadi kalau rasa masa baca tuh mengalir air mata ketawa kegembiraan, boleh komen terbaik, kalau rasa pedas, sila berhenti makan cili. Itulah serba sedikit tentang diri aku ini, yang kacak lagi kerinting. Sekian sahaja, ok bye !!! Ok, kalau nak baca cerita lama-lama aku, boleh baca dekat blogspot aku FaizSaaid tuh.

6 comments on “Tentang Joe LabuAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge