The Food Purveyor Umum Diskaun 10 peratus Barangan Runcit kepada Petugas Kesihatan

The Food Purveyor Umum Diskaun 10 peratus Barangan Runcit kepada Petugas Kesihatan

Petugas kesihatan kini boleh nikmati diskaun di semua pasaraya Village Grocer, Big Independent Grocer (B.I.G.), BSC Fine Foods, and Pasaraya OTK, setiap Ahad sepanjang PKP 2.0

PETALING JAYA, 18 Januari 2021: The Food Purveyor, salah satu kumpulan pasar raya premium yang berkembang pesat di Malaysia, memberikan potongan 10 peratus kepada petugas kesihatan semasa krisis COVID-19 ini.

Setiap Ahad sepanjang tempoh PKP 2.0, petugas kesihatan seperti doktor, jururawat, ahli farmasi, dan kakitangan perubatan dari hospital dan klinik layak menerima potongan harga untuk pembelian yang dibuat di semua pasaraya Village Grocer, Big Independent Grocer (B.I.G.), BSC Fine Foods, dan Pasaraya OTK dengan menunjukkan dokumen identifikasi pekerjaan mereka di kaunter pembayaran*.

“Petugas kesihatan kita adalah barisan hadapan negara yang sedang menangani pengesanan dan rawatan terhadap COVID-19 sejak Mac tahun lalu. Wira-wira ini mengutamankan orang lain untuk membantu orang ramai dalam menangani pendemik ini. Kami menghargai mereka dan ingin menunjukkan tanda penghargaan dengan ucapan terima kasih yang istimewa,” kata Geoff King, Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor.

Potongan harga ini ditawarkan kali kedua setelah inisiatif penjagaan kesihatan Ahad pertama berjaya dijalankan pada PKP lepas pada tahun 2020.

Ini adalah salah satu daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh The Food Purveyor untuk menyokong masyarakat untuk melalui masa yang mencabar.

Sejak Mac 2020, The Food Purveyor telah menyumbang lebih dari RM131,00.00 barang makanan dan wang dan menjangkau lebih dari seribu individu dari komuniti rentan dan amal yang terjejas akibat wabak ini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai potongan harga, sila lawati www.villagegrocer.com.my dan www.big.com.my

* Tawaran ini hanya sah untuk pembelian di semua pasaraya yang diuruskan oleh The Food Purveyor terletak di Lembah Klang dan Johor. Tidak sah dengan pembelian yang dibuat dalam talian, melalui BITES Shop, atau melalui perkhidmatan penghantaran pihak ketiga. Tawaran ini tidak boleh digabungkan dengan potongan lain, keahlian atau promosi BITES dan tidak boleh digunakan untuk membeli minuman keras, tembakau, barang-barang tidak halal dan konsesi. Hanya sah sepanjang tempoh PKB sahaja.

-TAMAT-

Mengenai The Food Purveyor (TFP)

Ditubuhkan secara rasmi pada 2017, dengan sejarahnya bermula pada 1997, The Food Purveyor kini mengendalikan tiga jenama pasaraya: Village Grocer, Ben’s Independent Grocer (B.I.G.) dan Pasaraya OTK. Setiap jenama menawarkan barangan runcit yang berbeza, sesuai dan menarik untuk segmen demografi pelanggan yang berbeza di Malaysia. Seperti namanya, The Food Purveyor bertujuan menjadi nama yang terkemuka dalam menawarkan pelbagai produk runcit dan makanan dari produk segar, jenama popular, sehingga makanan yang jarang didapati. TFP berasa bangga dengan pemilihan produk makanan terbaik dari seluruh dunia untuk dinikmati oleh pelanggannya. Kini, The Food Purveyor menguruskan 30 pasaraya meliputi Lembah Klang dan Johor Bahru. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi www.thefoodpurveyor.com.

Mengenai Program Kelestarian The Food Purveyor

Komited untuk Masa Depan yang Lebih Baik

The Food Purveyor komited untuk menyokong kelestarian alam sekitar, tanggungjawab sosial dan tadbir urus korporat yang berkesan dalam setiap perkara yang dilakukan. Kami memandang serius tanggungjawab ini dan komitmen kami ditunjukkan melalui 3 matlamat impak yang membimbing kami dalam menjalankan perniagaan sambil memberi kembali kepada masyarakat dan persekitaran tempat kami beroperasi.

MATLAMAT IMPAK 1: Mengurangkan Pembungkusan Sekali Guna

MATLAMAT IMPAK 2: Mengurangkan Sisa Makanan

MATLAMAT IMPAK 3: Menyokong Komuniti Rentat dan Tidak Dilindungi

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Rachel Lee Teng Teng

Hp: 012-931 9862

E-mel: racheltt.lee@thefoodpurveyor.com

Shafinaz Shahabudin

Hp: 012 5135495

E-mel: shafinaz.shahabudin@thefoodpurveyor.com

Shafinaz Shahabudin

TFP RETAIL SDN. BHD. 201301018031 (1047864-H)

(formerly known as Village Grocer (Bangsar) Sdn. Bhd.)

D-1-5, Sunway Nexis, No.1, Jalan PJU 5/1,

Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

M: +6012 5135 495 T:: +603 6143 1366 F: +603 6150 0766

E: shafinaz.shahabudin@thefoodpurveyor.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat