Tips Anak Dapat Adik Baru

Tips Anak Dapat Adik Baru

Hasil pembacaan harini, saya nak share dengan semua apa nak buat apabila anak dapat adik baru. Ya Allah semoga kita dapat applikasikan bersama ya. 🥰

1️⃣ Spent ‘quality time’ dengan anak sulung masa adik tidur.
Main, sembang, ajak buat apa-apa yang buat anak sukung happy

2️⃣ Libatkan anak dalam handling baby. Contohnya:
🌈 Bagi peluang anak sapukan minyak telon pada adik
🌈 Minta bantuannya ambilkan pampers dan baju adik
🌈 Ajar anak pasangkan mitten atau stokin adik baby
🌈 Bagi dia peluang dukung baby.

3️⃣ Elakkn bercakap seperti dibawah. Kata kata ini membuatkan dirinya rasa kurang disayangi.

❌ “ Kakak dah besar, kakak DAH TAK BOLEH…..”

4️⃣ Tukar kan ayat diatas kepada kata-kata semangat dan pendorong. Contohnya
🌈 MasyaAllah..hebatlah pembantu kesayangan ummi ni.
🌈 Bestnya adik baby dapat Kakak yang sayangkan dia. Allah pun sayang kakak
🌈 Seronok ummi tengok abang sayang sayang adik baby macam ni. Mesti adik suka.
🌈 Ummi nampak baby sayang kakak tu. Sebab tu dia nangis, tak nak kakak jauh-jauh dari dia.
🌈 Kakak ni kakak yang baik sebab share barang pada adik

Katanya kita akan nampak anak sulung akan lebih menyayangi adiknya dan akan lebih banyak membantu dan menyenangkan kita kerana cukupnya kasih sayang. MasyaAllah☺️🥰

Begitulah,
FAIZATUL IMAN MAKPOL
Jom didik anak sayang adik-adik❤️🥰

#ImanParentingJourney

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat