Tips Melancong Ke Kuala Terengganu Untuk Pengamal MLM Tegar

Jarang sebenarnya aku nak buat tips melancong macam ini. Yang rajin buat ialah Ainul je, hahaha, tapi sebab teruja sangat nak pergi Terengganu haritu, jadi aku rasa aku nak share kat korang semua tips terbaik nak melancong ke Terengganu, lebih spesifik Kuala Terengganu. Yang seronoknya aku dengar ada budak MLM nak pergi sana hujung bulan ini. Betul ke tidak itu aku dengar jelah. Cerita aku ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian utama:
  1. Guna Highway atau Jalan Biasa ?
  2. Duduk Homestay atau Duduk Hotel Mewah ?
  3. Wajib Ke Makan Seafood ?
lebuh raya pantai timur dua

Tips Pertama : Lebuh Raya Pantai Timur 2

Oklah dulu masa zaman aku muda muda dulu, sebelum LPT2, kami berjalan ke Kuala Terengganu ikut jalan Cherating, jalan tepi laut. Memang best, sampai boleh singgah beli ikan, kerepok lekor, jumpa orang kampung, lalu tempat Aziz Satar , dan macam-macam lagi.
Jangan lupa, selain jalan kampung, kami pernah juga ke Kuala Terengganu guna jalan dalam. Ye, memang jalan itu sangat sibuk, jalan kampung, jalan felda, yang banyak lori masuk. Lori itu bawa dengan laju kerana momentum sangat tinggi, sehingga kereta terpaksa potong, dan ada yang kena beratur. Jalan ini sangat bosan, hanya tengok kelapa sawit dan lembu-lembu.

Akhirnya LPT2 Dibuka

Alhamdulillah, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Rasanya ingat dulu time raya dah diumumkan pembukaan LPT2. Jadi riang gembira dan teruja nak tahu betapa seronok nak lalu LPT2. Jadi perasaan membawa honda civic 2.0 dengan kelajuan 170 km sejam memang mencabar. Biasalah kami pergi time orang kerja.  
Akhirnya, pergi Kuala Terengganu dengan kadar yang cepat. Kalau bawa laju, rasanya tak sampai 5 jam dah boleh sampai. Tapi ada beberapa perkara yang perlu korang tahu di sini:
  1. Ada Laluan Yang Masih Di Tutup – Memang lepas masuk simpang Jabor, kami dapat memecut kereta dengan pantas, tapi sampai Cheneh je. Lepas itu masuk balik jalan kelapa sawit, sampai ke Paka. Selepas Paka, memang heaven untuk membawa laju.
  2. Jalan TERUK – tak dinafikan, jalan dia agak teruk sedikit, kena berhati-hati dengan ayunan yang akan dilayan. Kalau tersilap langkah boleh kemalangan. Selain itu juga, berhati-hati ketika hujan, jalan licin. Tapi nasib baik kami balik haritu tak banjir.
  3. Isi Minyak Penuh – ada rnr yang sudah dibuka, tapi pam minyak masih tiada lagi. Pengalaman membawa kereta nasib baik ada persimpangan Ajil, sempat masuk jalan lama dan isi minyak, selepas itu keluar balik dengan pecutan teruja nak ke TH Hotel.
  4. Jalan SUNYI –  biasalah kawasan highway jalan memang sunyi. Jadi digalakkan korang travel waktu pagi. Oklah kan. Malam-malam ini takutlah sikit kepada anak kecil. RnR pun banyak yang tidak dibuka, berhati-hati lagi sebab jalan pun teruk.

Mudah Nak Pergi Kelantan 

Memang LPT2 baru sampai Kuala Terengganu. Aku tengok harituh, sebenarnya jalan panjang lagi. Kalau buka dah boleh sampai Kota Bharu. Lagi teruja beb. Boleh jumpa Apek. Hahhaha. Jadi masuk exit batu enam, nak ke kawasan bandar, kena jalan lebih sikit. Tapi memang selesa dan cepat.
tempat penginapan terbaik kuala terengganu

Tips Kedua : Hotel Tiada Hidangan Arak 

Masuk je area batu enam, terus kami ke TH Hotel Kuala Terengganu. Memang kami dah plan nak pergi sini. Bestnya ada kolam untuk kanak-kanak. Paling best lagi ada kolam untuk perempuan, indoor punya kolam. Tempat dia memang selesa. Jadi kami pun tempah bilik sini. Paling menarik, aku ternampak Shahrizat Jalil masa sarapan. Rupanya ada program Nur Kasih . 
Tempat minum dia, meranti lounge memang cool. Sangat selesa dan boleh cucuk plug laptop kalau nak meeting. Lagi satu area lobby pun dekat, dan seronok sangat main. Video aku perform dengan anak aku pun ada kat facebook. Kami nyanyi lagu frozen.
Untuk menilai TH Hotel ini, ada beberapa perkara yang best dan yang tak best pasal TH Hotel ini. Oklah ini aku senaraikan yang tak best.
  1. Harga Agak Mahal – harga dia memang standard hotel lain, memang mahal sikit. Tapi kalau dikira dengan layanan dan fasiliti, memang pun harga dia MAHAL.
  2. Internet SLOW – hahaha, walaupun hotel dia ini maju cantik bersih dan suci, tapi internet dia memang tahap dewa. Kalau nak web conference aku rasa seminggu pun tak leh nak online. 
tempat makan best

Tips Ketiga : Makan Seafood Area Berdekatan

Ada orang kata kalau tak pergi makan seafood tak sah. Ada tempat yang sedap gila, bawah jambatan. Tapi sebab dah jauh sangat, aku pergi area yang dekat jelah. Banyak gila tempat makan kat sini. First day aku pergi tempat makan, oklah. 
Nasib baik ada D’Tunggal ini. Memang dekat dengan area TH Hotel. Layan sikit, sebab ada tempat parking yang selamat. Dari segi makan, biasa jelah, takda yang special sangat macam kat area bandar. Tapi mahu kenyang dan cepat sampai, bagus makan jelah kat sini. Hahaha.
Untuk mengetahui resepi dan masakan, aku rasa biar Ainul jelah yang buat review, sebab aku ni jenis makan je, Oh ye, yang paling best ialah diorang ini kira cepat jugaklah , baru order, korek hidung 5 minit dah sampai makanan. Sebab bukan musim cuti sekolah

Rancang Perjalanan Anda

Antara pesanan yang terakhir ialah rancang perjalanan anda. Sebab masa kitorang pergi, hujan tak berhenti-henti. Tapi kuasa RCA, ada satu ketika itu hujan berhenti sekejap, sempatlah aku mandi kolam dengan anak aku tuh. hahaha. Memang feel, naik gelongsor kanak-kanak, terasa momentum kuat dan sakit bontot masa landing . 
Sempatlah jugak sebenarnya coaching dengan anak-anak Terengganu, puan Norliza dan puan Amalina. Adalah cerita-cerita pasal business. Tapi kalau tahap Presiden Master, bagus naik kapal terbang, sebab airport pun dekat dengan TH Hotel. Lagi bestnya, korang boleh melawat kesan sejarah stadium tanpa bumbung, antara stadium yang paling popular di dunia.

0 comments on “Tips Melancong Ke Kuala Terengganu Untuk Pengamal MLM TegarAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge