Tuduhan Luar Terhadap Atomy

Tuduhan Luar Terhadap Atomy

TULISAN INI MENJAWAB SEMUA TUDUHAN MEREKA DI LUAR SANA TERHADAP ATOMY
Bagus penerangan ini. Baca supaya faham dan tidak hanyut dengan isu yang sedang dimainkan sekarang

Dari: Fazli Aziz
Assalamualaikum WBT.
Mengenai dengan isu share Atomy ni, saya tiada info rasmi mengenainya. Cuma Dr Tengku Asmadi pernah beritahu saya yang peringkat awal Atomy Malaysia dibuka, memang Atomy bermula RM 5juta share yang diberikan oleh Atomy sebagai modal permulaan. Pihak Atomy Malaysia telah pun membayar semula duit modal tersebut kepada pihak Atomy.

Cumanya saya sendiri tidak menggunakan isu share dan hak milik sebagai cara mempromosikan atomy kerana saya tiada bukti rasmi untuk ditunjukkan.
Mengenai isu kristianisasi ni sebenarnya adalah isu berkenaan yayasan Dreamy Foundation. Sumbangan kepada yayasan tersebut.

Isu inilah yang dimainkan sentimennya berulang-ulang kali seolah-olah yang menjalankan biz Atomy adalah orang yang menyokong gerakan kristian, orang yang menyumbang dan membantu.
Inilah yang tidak tepat dan tidak benar. Bahkan masih terdapat perbezaan pendapat yang mengharuskan hukum jual beli walaupun yayasan tersebut membuat kebajikan pada kristian.

Saya bagi contoh isu Datuk Ustaz Shamsuri dan Nasi Kandar Pelita yang mana salah seorang pemiliknya adalah Hindu dan membina kuil.
Adakah apabila kita makan nasi kandar pelita dikira kita menyumbang pembinaan kuil Hindu?
Saya menjalankan perniagaan produk, kemudian anda membeli barangan tersebut dari saya. Saya mendapat keuntungan lalu saya membayar zakat. Adakah anda dikira membayar zakat?
Keuntungan mereka adalah hak milik mereka untuk mereka lakukan apa sahaja dengan duit mereka. Kita tidak berhak menentukan duit mereka.

Maka begitu juga hal kita, keuntungan yang kita perolehi daripada apa jua biz kita yang halal walaupun pembeli kita adalah bukan muslim yang menjana pendapatan daripada duit hasil judi, maka ia masih halal. Perlukah kita bertanya satu persatu dari mana hasil duitnya sebelum menerima pembayaran?

Atomy Malaysia adalah entiti perniagaan yang jelas menyatakan mereka tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti politik dan keagamaan. Kenyataan ini jelas dinyatakan dalam website Atomy Malaysia.
Dan setakat ini, atomy tiada pun memaksa semua ahlinya untuk hadir ke kelas gospel, revival meeting, atau sebarang aktiviti keagamaan kristian pun.

Kesemua aktiviti keagamaan mereka adalah aktiviti group mereka sendiri, bukan atas nama secara rasmi Atomy.

Bahkan atomy tidak melarang pun kalau kita nak menjalankan usrah atau kuliah berkitab atas nama group kita sendiri kalau kita berminat menjalankannya.

Saya sendiri tidak pernah mendapat sebarang risalah secara terang atau tersirat mempromosikan kristian dan mengajak saya untuk menukar agama.

Dalam isu ini, kesemua pihak yang menentang Atomy tidak mengeluarkan hukum memgatakan Haram menjalankan biz Atomy. Kenapa? Kerana mereka sendiri tidak dapat menyatakan secara qot’ie bahawa hukumnya Haram secara mutlak.

Masih terdapat ruang perbezaan pendapat dikalangan ulama dan mereka yang pakar. Bahkan saya bertanya sendiri kepada beberapa orang termasuk Penasihat Syariah syarikat muslim yang besar di Malaysia, penasihat syariah syarikat MLM antarabangsa dan dalam masa yang sama konsultan halal Jakim. Saya telah menunjukkan semua pendapat yang menghentam, isu tentang dreamy foundation dan segala hal yang dibangkitkan. Resolusinya, tiada halangan bahkan hukumnya harus.

Bahkan katanya lagi melihat kepada maslahah yang lebih besar, ramai orang kehilangan kerja, nak berniaga tak pandai, nak berniaga tiada modal, memerlukan platform yang boleh membantu mereka keluar dari kemelut kemiskinan.

Bahkan terbukti dalam masa beberapa bulan biz atomy telah mengeluarkan mereka yang b40, penerima zakat sekarang telah menjadi pembayar zakat.

kredit : Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat