Tukar Mindset Semua Masalah Selesai ?

Tukar Mindset Semua Masalah Selesai ?

Pernah dengar tak kalau kita tukar mindset, masalah akan jadi lebih mudah ? Sebenarnya banyak benda yang jadi masalah yang menghantui diri kita setiap hari. Ini sebabnya bermula dari mindset kita sebenarnya. Sebenarnya semua benda yang kita lihat adalah bermula dari cara kita berfikir kepada dunia yang kita hidup sekarang.

Penulis terkenal Louise L. Hay pernah menulis satu ungkapan, I fix my thinking, Problem Fix itself. Hahha ada benarnya juga. Ada satu lagi pepatah dari Jack Sparrow. Problem is not problem. The problem is about your attitude on the problem.

Kalau kita nak hidup dalam dunia yang makin mencabar sekarang, kita kena betulkan kembali cara kita berfikir, cara kita melihat dunia, cara kita menilai dunia ini. Sebenarnya cara kita berfikir, mindset kita akan memudahkan hidup kita.

Contohlah, sekarang ini semua marah kes covid-19 makin tinggi. Orang yang nampak kes makin hari makin tinggi akan merasa masalah mereka makin teruk, makin nak marah KKM. Tapi orang yang nampak kes sembuh makin tinggi, takkan risau bab kes tinggi. Sebab SOP pun sukar nak kawal, jadi mereka fokus pada penyembuhan. Sebab penyembuhan mereka boleh kawal dari mula lagi. Orang yang jaga kesihatan sejak awal, ada lifestyle yang bagus, mereka dah kurangkan risiko kepada kesan jangkitan yang teruk . Lagipun kes kematian banyak dari pesakit yang ada masalah kencing manis, darah tinggi. Penyakit ini semuanya dari lifestyle yang teruk, hahaha.

Ada lagi satu masalah dunia sekarang ialah dunia pendidikan. Kalau kita fikir teknologi kena sama macam mengajar biasa, semuanya akan jadi masalah. Kalau kita nak cikgu bagi fahamkan anak kita, kalau kita fikir anak kita akan banyak ketinggalan, memang akan jadi masalah. Tapi kalau kita fikir pendidikan ialah proses longterm, tiada masalah ketinggalan akan wujud. Kalau kita fikir pendidikan bukan sekadar akademik, kita akan hargai ilmu ilmu lain yang bermanfaat. Kalau kita ada sikap nak berjaya, kita akan keluar dari rumah dan cari jalan macam mana nak belajar.

Tapi ada masalah juga bila kita mindset kita tak betul. Kalau kita rasa pendidikan tak perlu, jawabnya anak tak perlu belajar penat penat. Kalau kita fikir hidup ala kadar, kita pun malas berusaha. Kalau kita fikir nanti mati jugak, jawabnya kita tak jaga kesihatan, jaga diet. Jadi mindset yang betul sangat penting. Nak ada mindset yang betul ? ikutlah alquran dan sunnah !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat