FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Tulis Journal

Tulis Journal

November 13, 2010 at 7:06 PM

salam sejahtera, kalini nak cite skt pasal tulis jurnal. tulis jurnal dpt duit wooo, supervisor saya di UTM sana, sudah publish satu jurnal, dia sudah kasi duit separuh kepada saya, sebab saya main author, memang supervisor UTM memang cooll gile. Lepas ni pun kena buat camni jugak.

Oklah bro, kat universiti malaya ni, memang dapat duit insentif kalau anda dapat terbitkan satu jurnal. Memang ada juga warga UM yang berjaya dapat 50k, kerana ada banyak jurnal dalam setahun. Jadi kalau fikir tulis jurnal semata mata KPI, hahaha, memang sahlah pressure, tapi kalau dok pk duit akan masuk, memang semangatle, yang ni korang sendiri leh merasanya.

Tapi orang kata tulis jurnal susah, tapi tak tulis tulis, tak hantar hantar. Sebenarnya kat sini, kita kena rajin tulis dan rajin hantar, sebab review yang kita dapat dari panel tu paling penting. Masa tulah kita belajar sedikit kesilapan kita, dan juga kekurangan yang ada dalam research kita. Tapi kira oklah, reviewer tu cuma reply email, takdalah nak tengking tengking kata kita buat jurnal tak betullah, bodohlah, dan sebagainya.

Kalau korang buat master dan phd sekarang , kelayakan sekarang adalah bergantung kepada jumlah bilangan jurnal yang diterbitkan. Sekarang ni pun cara penulisan thesis pun dah berlainan. Banyak aku baca thesis orang lain, yang menjilidkan semua jurnal jurnal mereka dalam satu buku sakti tu. Bak kata orang tua, sikit sikit lama jadi thesis.

So sekarang ni ada result skt, tulis je, jangan risau, masa nilah nak belajar mana kurang. Kalau ada rezeki, memang mudah jurnal korang diterima, tapi kalau banyak salahtu, paham paham jelah, kena banyak belajar lagi. Ok sekian terima kasih.

Leave a Reply

Open chat