Video Orang Raub Kahwin

Alhamdulillah, dah lama tak mengusik software Sony VEGAS PRO ni, akhirnya, dapat juga menyiapkan beberapa video yang tertangguh dek kerana kesibukan dengan business Shaklee yang makin kencang. Apapun korang boleh enjoy kahwin sepupu Fahrizal Asmy dan Atikah Rahim di Raub Pahang. Alhamdulillah, balik tu memang penat gila, cuaca panas. Tapi boleh ingat juga masa tuh, kenduri di Pahang, Ainul kena pergi shaklee trip di KK, dan camera pula takda, hehehe. Apapun, tahniah, hadiah saya buat en Fahrizal dan Atikah, semoga berkat perkahwinan kamu berdua !!!

Detail Video

Video kali ini hanya menggunakan camera DSLR Nikon 3100, dengan membelasah sahaja teknik, tanpa ada bantuan microphone dan juga stand. Memang belasah sahaja ambil scene yang ada, dan dicantum dan dikemas dalam software SONY VEGAS PRO 12. Alhamdulillah setelah penat memikirkan lagu yang sesuai, akhirnya saya dapat juga menggunakan lagu MAAFKAN , ost setia hujung nyawa. Dulu wife yang suka gila cerita ini, tapi saya tengok je, apapun yang best, lagu dari kumpulan LAST MINUTE ni memang layan, dan sampai sekarang saya ingat melodinya. So kepada band last minute, buatlah lagu yang sedap sedap lagi.

0 comments on “Video Orang Raub KahwinAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge