Walaupun Baru Darjah 2, Budak-budak Perlu Tahu Erti Profesional

Walaupun Baru Darjah 2, Budak-budak Perlu Tahu Erti Profesional

Semalam ialah hari  sukan sekolah Arreessa. hhahaha, kitorang seronoklah nak pergi. Arreessa dia ada sukar sikit perasaan tuh, sebab dia  cari kawan dia ramai tak datang. Tulah tengok, ada  yang datang dan ada  juga yang tak datang, mungkin sebab tak sertai. Jadi kuranglah sikit kuasa sokongan tuh. Semalam kami sokong Hadif dan Hana anak master lydzar dan kamarudin. Tapi disebalik cerita Hadif ini, ada satu plot yang tidak menyenangkan Master Din.
Kalau tengok video tuh, Master Din sah sah Hadif dapat nombor 1, budak baju hijau tuh ketinggalan. Tapi masa keputusan awal tuh, tetiba budak baju hijau tuh dapat nombor 1, hadif dapat nombor 2. Pelik sungguh, hahha apa lagi, Master Din kasi komplen beserta bukti video yang menunjukkan, Hadif dah cecah tali penamat dulu. Pergi tanya cikgu nih cikgu, akhirnya Cikgu Asmadi yang telah buat rombakan semula, dan akhirnya Hadif diberikan pingat Emas. Hhahaah tahniah.
Pengajaran cerita ini, kita perlu bersikap profesional.  Kalau kita rasa kita layak menang, buat rayuan cepat cepat. Tapi bukan buat rayuan mulut camtu je, atau komplen, tapi biarlah dengan bukti kukuh. LEpas tuh cool down dan jangan marah marah. Insyaaallah ada rezeki, kita boleh menang.
Mutu pengadilan pun kurang memuaskan, diharap cikgu sekolah dapat meningkatkan lagi kualiti pengadilan dalam acara sukan. Kita tunjukkan kualiti dan anak anak dapat menghargai sikap profesional cikgu dalam mengatasi kes sebegini. Tahniah Hadif, Hana, dan cikgu SKBA yang profesional kerana menerima rayuan master Din , hahaha

Faiz Saaid

Seorang yang kacak berambut kerinting yang suka menulis idea merapu. Kalau ada cerita, semua cerita dia nak ulas dengan pandangan mata beliau yang sepet

This Post Has 2 Comments

  1. Mungkin satu perkara yg kecil … tapi berikan impak yg besar sebenar… bukan mudah akui kesilapan.. tahniah cikgu2 bersikap telus dan professional… terbaikkk

    1. kita pun belajar sama sama jugak perkara sebegini, untuk ingatan bersama di masa akan datang

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu