FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Watak Sylar Dalam Heroes

Watak Sylar Dalam Heroes

Dulu ada satu TV Series yang best, tajuk dia “Heroes”. Kisahnya tentang watak-watak yang mempunyai keupayaan luar biasa (super-power). Mereka menjalani kehidupan yang berasingan namun saling berkait antara satu sama lain.

Dalam banyak-banyak, watak yang paling saya suka bernama Sylar. Dia ni sebenarnya “villain of the story”. Keupayaan dia adalah menyerap “power” orang lain. Dia tak terer pon mula-mula.. tapi makin ramai “heroes” dia jumpa, makin terer jadinya. Sebab orang lain ada satu “power” je. Dia boleh perform macam-macam power.. walaupon tahap penguasaan dia cuma 60% untuk setiap power yang dia collect.

Memang best episod “Heroes” ni.. tapi saya layan first season je. Season kedua & seterusnya tatau la apa jadi sebab cerita dia dah mula merapu. Iktibar yang saya ambil dari “Heroes” adalah tak jadi paling terer takpe. Asalkan ada keupayaan untuk terus belajar (serap) banyak bidang ilmu.. serta mempunyai berbagai kebolehan (power), peluang untuk survive akan jadi lebih besar.

Leave a Reply

Open chat