Yabang – Jinbara, Khalifah dan Qasidah

Hari ni bangun awal cek aku punya keyword list masuk blog, ada orang cari pasal Yabang kumpulan Khalifah. Hahha, ini memang suara unik, adakah Yabang ni memang bawa tuah kepada sesuatu band. Tapi nak tahu jugak kepoweran suara Yabang yang unik sesuai dengan genre metal melayu kumpulan Khalifah.

Nama yang aku baca kat wikipedia, yabang ni  nama penuhnya Mohammad Qidam bin Abdullullah. Mula-mula aku kenal suara yabang tentu sekali lagu Kasihnya Laila, masa tuh  dia dengan kumpulan Jinbara. Lagu tuh meletup, dan ramai mat  mat metal suka jamming lagu tuh. Yabang terkenal sekali dengan teknik Qasidah nya, hahhaha.
Tapi itulah rezeki dengan Jinbara tuh tak lama, Yabang dan Harry , membawa haluan dengan menubuhkan kumpulan Khalifah. Oh, lagu diorang ni, aku first time dengar, masa member aku beli CD, pergh memang metal layan. Lepastuh deme macam-macam lagu  keluar, tapi masa tuh kena lawan balik dengan Jinbara yang popular pulak dengan lagu Farhana, Bumi Kenyalang. Hooo, memang sukar time tuh.
Tapi Khalifah ini pun satu yang bagus, diorang tak pernah stop, dan paling terkini, tentu sekali lagu Hang Pi Mana, selepas popular dengan Cikgu Ayu dan Ni Hao Ma. Kali ini Hang Pi Mana betul-betul meletup, sebab tentu sekali mesej yang diorang bawak tuh, sifat kejujuran, kerja, tak tipu mak ayah, dan jugak pak guard. Aku sebelum ni dah buat dua entry khas pasal kumpulan Khalifah ini.
Mungkin juga aura qasidah yabang dan hang pi mana, astro awani tahun ni membawa Azan Maghrib khas sepanjang bulan ramadhan, dimana yabang sebagai bilal. Hhahaha, itulah powernya Yabang, metal melayu, jiwa qasidah akan mewarnai muzik malaysia. Teruskan usahamu Yabang dan Khalifah.

4 comments on “Yabang – Jinbara, Khalifah dan QasidahAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge