ZullKing, Mat Nor Hendrix, Man Keedal, CT reggae, Darn Jackshop

ZullKing, Mat Nor Hendrix, Man Keedal, CT reggae, Darn Jackshop

November 22, 2008 at 7:24 AM
17/11/2008-Isnin.

Kali ni cerita lagi dengan perjumpaan dengan Zullking. Buat pertama kali, saya akhirnya dapat berkenalan lagi dengan member member myspace, darn jackshop dan ct reggae.

Tepat jam 11, saya sampai di LRT ampang. Saya dijemput oleh darn jackshop, sambil tu kami menunggu cik ct reggae. Kami sempat makan tau fufa dan air kelapa (makanan rasmi ninjaseni cawangan ampang). Kami berpatah balik ke LRT ampang, dan menunggu cik ct reggae. Adui penat betul tunggu, tak sampai sampai. Jam sudah menunjukkan kul 1, ct reggae tak sampai sampai lagi. Nampaknya kami terpaksa terus ke rumah ZullKing, ambil teksi. Nasib baiklah 5 ringgit je.

darn jackshop

Sampai di sana, ZullKing seperti biasa memberi tunjuk ajar dan panduan hidup sebagai pemuzik blues. Saya dan en darn memang ternganga mendengarnya. Tetiba, kami mendengar talipon, rupanya ct reggae call, dia terlambat, dan akan datang juga ke rumah ZullKing. Selepas tu kami makan di kedai mamak, sambil menunggu ct reggae.

Kami menjemput ct reggae di LRT ampang bersama bob marleynya, hehehe. Tapi tetiba darn terpaksa balik, adui. Maybe ada problem sikit. Lepas tu sambil duduk di rumah ZullKing, saya, ct reggae dan bob marley mendengar amanat dan tunjuk ajar otai blues malaysia. Walaupun reggae, abg zull kita tetap support, dan tolong bangsa melayu berjaya.

ninjaseni dan zullking

Tetiba ada orang nak call abg zull, hehehe, tulah dia, Mat Nor Hendrix dan Man Keedal, datang ke studio abg zull nak recording. Kami gembira gile, dapat jumpa diorang, dan tgk sendiri diorang recording. Man keedal hanya record akustik part je, tapi memang menarik. hehe. Sempat juga bergambar dengan diorang ni. Petang tu ct reggae dan bobmrleynya pulang kul 6 ptg, saya pula pulang kul 7.30 ptg. Sambil tu sempatlah mendengar cerita man keedal dan mat nor hendrix.
bob marley, mat nor hendrix, ct reggae, man keedal

Saya memang akan sibuk, dengan conference pada keesokan hari. Adui memang penatlah. Tapi jangan lupa datang ke blues gathering anjuran ZullKing sabtu ini 22/11/2008, 9 malam, bertempat di KK Club , Taman Melawati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat