Cara Pindah Hosting WordPress Ke Hosting Baru

Cara Pindah Hosting WordPress Ke Hosting Baru

Alhamdulillah, semalam, dengan kuasa minuman cinch tea, dan ketahanan mengantuk level gaban, dapat jugak abang joe siapkan satu projek mudah, iaitu lebih 1 gig ke server baru. Oklah, sebab nak bajet taknak upah web developer, abang joe memulakan pencarian cara pindah hosting wordpress ke hosting baru. Memang pening kepalalah jugak tak tidur, tapi berbaloi ilmu nih.

cara pindah hosting wordpress ke hosting baru

KENAPA NAK PINDAH HOSTING BARU ?

Pada mulanya blog kami tuh Diet Diet Sihat dia pakai server dia sorang sorang  je. Tapi tah macam mana pulak terdapat idea nak suruh bini convert wordpress.

Jadi jawabnya saya pun buat satu blog  wordpress tambahan dalam server yang sama, termasuklah blogjoelabu, blog percubaan harituh, hahaha.

Jawabnya ialah bila satu server down, semua website down, mampus kau disana, habis bini tak dapat nak update blog. Jadi apa lagi, aku pun memulakan aktiviti mencari server baru bagi setiap blog.

Punyalah cari yang mudah, tetiba dapat idea nak transfer blog lama Faiz Saaid ke wordpress, melekat dengan pakej netkl RM 100, beli balik domain faizsaaid.com, hahhaa. layan.

Tapi untuk blog business tuh, gua cari punya punya cari webhosting yang agak power sikit, try pulak hosting orang putih baik punya.

Last last gua dapat cari pakej  InMotion Hosting nih, hahahha, baca review, dia nih guna SSD dan antara yang ada speed cepat jugak, hahhaa.

CARA PINDAH HOSTING WORDPRESS KE HOSTING BARU TANPA PLUGIN BERBAYAR

Oklah, sebab nak ajar korang jugak, pasal wordpress nih, sebenarnya dulu aku ada nak buat tutorial cara nak transfer blogspot ke wordpress, ok yang itu sebenarnya agak mudah dan tak perlu nak bayar plugin mahal mahal.

Cumanya bila dah sampai satu tahap, di mana kau perlukan migration wordpress, kau akan dapati cara nak transfer sebiji wordpress ke blog  ke hosting baru memang payah. Hadoi, hahha . Masalah yang aku hadapi tuh ada banyak.

  1. Size Besar – plugin yang ada semuanya support untuk saiz kecil, bila saiz besar kena bayar
  2. Coding php – kalau nak transfer sendiri guna teknik FTP , backup boleh, tapi kau kena belajar coding, pening kepala aku

SOFTACULOUS SOFTWATE ADA HADNYA

Aku terfikir satu cara nak transfer wordpress nih, jadi jawabnya aku tengok dekat software softaculous dalam cpanel ni bagus, boleh backup dan clone website. OK, aku dah dapat idea baik punya.

Tapi masalah pulak timbul bila kau kena transfer file besar dari server lain, jadi aku guna FTP teknik, lepas tuh, bila aku tanya, alamak, FTP tuh gagal, takde satu file dia transfer.

Jawabnya aku baca-baca dan baca, rupanya clone dan backup nih hanya untuk localhost je. Kalau kau ada cita-cita nak transfer ke server baru, memang tak jadilah jawabnya.

Ok, nampaknya kau semakin stress di situ, aku punya cari cari dan cari, siang malam berjaga tengok handphone, kot kot ada tutorial mudah nak migrate blog besar 3 gig nih.

migrate blog wordpress

CARA PINDAH HOSTING  WORPRESS KE HOSTING BARU MENGGUNAKAN PLUGIN MIGRATE GURU

Hahaha, lepas cari punya cari, ini dia benda yang aku cari. Hahha, memang sempoi rupanya plugin nih, aku tak sangka pulak ada plugin free nih. Kau google Migrate Guru

Dia punya cara ni bagus dia suruh kau key in cpanel punya maklumat ( bahaya jugak kalau tak berani), lepas tuh dia transfer wordpress kau ke domain baru yang dah siap install wordpress.

Aku cuba buat blog biasa dulu, sekali kau dia copy sebijik bijik, memang cantik, lepas tuh aku beranikan diri untuk buat blog diet diet sihat ke domain lain dalam server baru.

Aku buat haritu ke domain dummy dulu, supaya website ni takdelah pulak down sebab tukar server baru. Ok, apa lagi aku buat, mak kau, lama gila dia transfer, tapi result dia berbaloi baloi. hahha.

Oh  ye, dia gua BlogVault wordpress backup service di atas, memang terbaik kau boleh tengok berapa besar blog kau, sambil nak tunggu tuh kau boleh layan hindustan dulu, hahaha.

pindah wordpress ke hosting baru

GUNA FUNGSI CLONE SOFTACULOUS KE DOMAIN ASAL

Hahhaa, sekali aku tengok, terbaik dia punya transfer, aku punya domain dummmy tuh, sebiji kaw kaw dia copy, bagus bagus, sambil tuh aku dah mengantuk tahap gaban.

Lepas tuh, kau bolehlah transfer dummy ke domain asal yang kau dah add ke server baru nih. So masa nak clone tuh, sekejap je, hehehe.

Ok, lepas tuh jangan lupa pulak tukar setting DNS domain kau tuh, kalau tak jawabnya dia duduk kat server lama. Memang  menangislah dibuatnya. Jadi ambil masa sikit bila dia nak migrate IP baru tuh.

Bila dah semuanya siap, masa untuk kau buat backup, kemas kini dan delete mana yang tak perlu, kau kasi balik kemas server lama, dan sebagainya.

Jadi teknik yang aku ajar nih, kau bolehlah explore, penerangan aku ni tak detail, kalau nak detail kena jumpalah ye, aku cas kau sorang RM 9 juta.

Faiz Saaid

Seorang yang kacak berambut kerinting yang suka menulis idea merapu. Kalau ada cerita, semua cerita dia nak ulas dengan pandangan mata beliau yang sepet

This Post Has 5 Comments

  1. Transfer server ni boleh buat tanpa plugin pun sebenarnya.

    1. Download file dari server lama
    2. Upload ke server baru
    3. Import database dari server lama ke server baru
    4. Update wp-config.

    Siap. Hehehe.

    Jemput join giveaway Pisyek. 😀
    Pisyek recently posted…Giveaway Domain Dot Com dan WordPress Web Hosting PercumaMy Profile

  2. Baru nih pindah website anak buah, dari Plesk (window based) ke cPanel. Yup, tak payah pakai plugin.

    1. Download all wordpress installation folder Plesk, upload ke cPanel baru
    2. Transfer database PHPmyAdmin Plesk ke PHPmyAdmin cPanel
    3. Update wpconfig.php
    *Problem: WordPress up tapi post/comment/etc. hilang! Gelabah sekejap.
    5. Bahasa sql tak sama! Convert kod sql utf8-general-ci (WordPress lama) ke utf8mb4-unicode-ci (wordpress 4.9) & database innoDB ke MyISAM.
    6. Fuhh setel! WordPress kembali tanpa sebarang perbezaan sebelum dan selepas transfer.

    Haha keje dr pukul 9 malam sampai 4 pagi baru siap. Anyway macam ko cakap, ilmu tu yang sangat berbaloi-baloi.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu