belajar membaca

Kenapa P. Ramlee Buat Lawak Politik Sarkis Dekat Sekolah Buta Huruf Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok ?

Semalam masa aku nak pergi COD shaklee ke pangsapuri subang hijauan, kami macam biasa main Clever Girl, bukan aku main dengan peserta Clever Girl, tapi main soal soal macam Alif Satar tanya budak budak perempuan tuh.

Jadi dalam masa tuh aku tanya anak aku, alif mim nun wau, tuh apa dia, apa akan jadi bila alif tendang wau, nasib baik anak aku jawab sarkis, betul pulak.

SEKOLAH BUTA HURUF ITU SARKIS ?

Terdetik dalam fikiranku ini, kenapa dan apa matlamat sebenar P. Ramlee buat lawak tuh. Aku dan wife pun berbincang bincang dan uji ketajaman minda dia.

Aku dapati di situlah kebijaksanaan P. Ramlee, dia seolah-olah dikurniakan Allah kotak pemikiran, mungkin juga hati bersihnya yang ingin melihat bangsa melayu itu maju. Sebab itu dia buat lawak huruf ‘M’ . M mewakili melayu, malas, hahha.

MEMBACA CARA HISHAMUDDIN RAIS

Kalau kau perasan, semua orang dalam tuh buta huruf. Ye nak kata orang kita ramai yang masih tak pandai masa tuh, sebab tuh mungkin senang kena tipu.

Tapi era sekarang zaman media sosial fitnah dajjal globalisasi, membaca itu bukan sekadar baca huruf. Tapi lebih dari itu, kau kena bijak membaca keadaan dan situasi.

Aku teringat bagaimana Hishamudin Rais ajar membaca surat khabar tempatan, baca dan faham makna sebenar situasi tersebut. Jadi penting belajar membaca, supaya kau semua tak jadi orang buta politik dan percaya bulat-bulat orang orang penagih undi pilihan raya.

SOLUSI MASALAH AKHIR ZAMAN

Macam aku cakap tadi, membaca itu asas kepada umat islam, ye , wahyu pertama pun turun dengan Iqra, Bacalah. Kau nak faham dan menghadapi akhir zaman, jawapan dia kau kena buka Al- Quran melalui Surah Al Kahfi dan cari perkaitannya pada surah yang lain.

Aku rasa ramai tahu episod Musa berguru dengan Khidir, macam aku pernah tulis dulu, kau kena ada mata khidir, baru kau boleh baca dan faham masalah sebenar, disebalik tulisan media masa, media hiburan dan cakap cakap politik.

KEILMUAN FILEM TERBAIK ASIA

Akhir kata, kau kena faham, filem P. Ramlee yang lawak gila bukan nak kau gelak seratus kali, tapi nak kau faham masalah bangsa melayu nih, yang bukan tak pandai, ramai je ada ijazah master phd.

Tapi masalah dia sekarang bangsa kita yang tak boleh MEMBACA, lagi-lagi masalah politik dan lain- lain. Lawak tuh buat aku fikir, jangan main sokong orang tuh hanya sebab dia bagi minyak free, bukan jugak sebab dia nak hapuskan GST, oh tidak.

Kau banyak-banyakkan membaca, buatlah pilihan bijak, kita bangsa berilmu, sebab tuh bujang lapok kena belajar membaca, sebelum belajar silat. Kita pula kena upgrade teknik MEMBACA kita. Ok ? Kau pernah tengok program politik melampau ? Macam Sarkiskan ?

2 comments on “Kenapa P. Ramlee Buat Lawak Politik Sarkis Dekat Sekolah Buta Huruf Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge