FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Mata Wang Pembunuh Nyawa ?

Mata Wang Pembunuh Nyawa ?

Bila baca entry nih, hooo terfikir dalam kepala otak aku, aku nak ceritakan, kepada korang semua, apa itu mata wang, ye bunyi macam kelas ekonomi, tapi ini lagi penting, supaya korang faham, mata wang ni memang alat menjatuhkan negara, macam kitalah sekarang, ringgit tiada nilai. Jadi apa tuh mata wang ?

Kalau nak diceritakan, memang sukar nak difahamkan, benda nih sebenarnya menjadi perbualan geng geng iluminati, geng ekonomi, dan tak lupa juga geng forex. Orang forex suka sangat benda nih, sebab masa nilah mereka akan buat duit sebanyak banyak yang mungkin. Memang dasyat kan ? Hahhaa, itulah kuasa mata wang, boleh lingkupkan sebuah negara, yang dulunya aman, tapi boleh jadi miskin papa kedana sebab mata wang.

Richard Nixon, orang yang bertanggung jawab, membebaskan ikatan dolar amerika dengan nilai emas. Hooo apatuh, ye memang sukar nak difahami. Dulu orang buat duit, setiap duit yang dicetak memang kena tengok nilai emas. Harga nilai emas tuh berapa. Tapi nak diceritakan, wang kertas pun dah bermasalah, ianya hanya dikawal oleh orang yang berkuasa, tapi ianya jadi lebih parah, bila presiden amerika nak cetak duit sesuka hati, jadinya, memang berlambak duit USD, yang sebenarnya tiada nilai pun, hanya kertas yang diberikan kuasa untuk membeli.

Korang kena faham, sebenarnya wang kita dibuat dengan sistem Hutang, di sokong dengan sistem riba yang berupa banyak bentuk, riba yang pelbagai nama seperti faedah, interest, bunga, alfaedah, almudarabah, dan macam-macam lagi. Jadi cara terbaik nak fahamkan konsep wang ialah dengan menonton video Mike Maloney, dia yang buat kajian terperinci, di mana satu masa nanti, KEKAYAAN akan dipindahkan dengan sekelip mata, muka WANG, tapi WEALTH, akan dipindahkan ke satu tangan ghaib, tanpa kita sedar.

Itulah , banyak pendapat yang katanya kena simpan emas, dalam sejarah pelarian vietnam, emas menjadi pilihan, sebab adanya nilai intrinsik, ianya matawang lama yang tahan inflasi. Jadi emas memang terbaik, tetapi emas dan perak ada juga kelemahannya, iaitu KUASA . Kalau negara itu berkuasa, tak mahu terima emas, memang lingkup, hahaha. Dalam negara kita pun, bank negara tak iktiraf EMAS sebagai pertukaran jual beli, sama seperti kuasa besar dunia. Memang dasyat, mereka yang rajin simpan EMAS, walaupun sibuk promote benda lain. Pada masa yang sama, jangan lupa, harga EMAS dikawal oleh satu organisasi yang kita pun tak tahu, bagaimana mereka menentukannya. Tapi nak dicakapkan, memang ada orang yang hebat, pandai main graf, dan terus kaya raya. Hahha, itulah orang KAYA, masa emas naik dia kaya, masa emas turun pun dia tetap KAYA !!!

Matawang kita, bak kata pakar ekonomi profesor, disandarkan pada minyak,eh yeke ? Kita bergantung kepada minyak, ye, matawang kita jatuh, ada dikaitkan dengan harga minyak dunia yang makin hari makin jatuh. Sekali lagi, harga minyak ditentukan oleh KUASA GHAIB lagi, hahaha, siapa yang tentukan harga minyak jatuh ? Inilah masalah sistem matawang yang tidak kebal dengan spekulasi dan kontroversi, ditambah lagi dengan suasana politik yang tidak sihat.

Memang kalau nak sembang, ianya takkan habis, mungkin kita akan terikut-ikut taktikal dajal, yang mempengaruhi kita. Jangan lupa, sistem dajal dah muncul, kita je yang tak sedar, dan bila semua dah perfect, dia akan turun, memang terbaik, hahaha. So orang kata kena baca surah Al-Kahfi untuk berlindung dari Dajal. Hoo , ok takpa nanti kita kena study balik pasal GUA nih, surah ke 18 dalam alquran ni memang sangat hebat. Oklah jumpa lagi ye. penat weih menulis.

2 thoughts on “Mata Wang Pembunuh Nyawa ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat